Loading...
TR

Diseksa ala komando hanya kerana tak baca doa tidur, kesilapan mengaji dan tak dengar arahan suspek


Perkembangan terkini siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan akibat didera bapa kandungnya mendapati, mangsa, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, diseksa ala komando, lapor Harian Metro

Mangsa yang diperlakukan seolah-olah rekrut komando yang sebenar oleh suspek dipercayai dipaksa melakukan tekan tubi, berguling, 'sit up' dan ketuk ketampi sebagai denda. 

Selain itu, mangsa juga dipukul, ditampar, disepak, dipijak kepala dan badan serta ditendang oleh suspek berusia 35 tahun yang juga anggota tentera di sebuah kem di Port Dickson. 

Difahamkan, kesemua tindakan itu dilakukan oleh suspek dipercayai hanya kerana anak perempuannya tidak membaca doa tidur, kesilapan ketika mengaji al-Quran dan tidak mendengar arahannya. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan lanjut terhadap suspek masih dijalankan. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perbuatan kejam suspek terhadap mangsa.

Jumaat lalu, polis merampas kerusi dan tali pinggang tentera milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memukul Nur Aina sehingga meninggal dunia. Selain itu turut dirampas satu botol air yang didakwa suspek mengandungi air jampi untuk mengubati mangsa kerana degil dan tidak mendengar kata. 

BERITA BERKAITAN: 


About Cite Malaya

Powered by Blogger.