Loading...
TR

'Diberi harga sewa murah, habis jahanam rumah'


Tepuk dahi melihat gambar-gambar rumah sewa yang telah dijahanamkan oleh penyewa perempuan. 

Rumah sewa di Vista Angkasa ini yang pada asalnya dalam keadaan baik, menjadi tunggang langgang, malah ada beberapa bahagian dalam rumah itu turut dirosakkan oleh penyewa. 

Pemiliknya, Aida Sue, terpaksa redha dengan kejadian itu meskipun jauh di sudut hatinya kesal dengan tindakan bekas penyewa perempuan yang disangka bertanggungjawab orangnya tetapi rupa-rupanya jauh dari panggang api. 

"Saya tak tahu nak cakap macam mana tentang penyewa lama ini. Semua penyewa perempuan. Jahanam rumah kami, alahai. 

"Speechless saya dibuatnya. Memang kena renovate 100% rumah saya ini rasanya. Bertabah dan redha. Lagipun dah tiba masa nak renovate rumah ini," katanya. 

Difahamkan, rumah itu disewakan dengan harga murah dari harga sewaan semasa oleh ibunya. Aida percaya disebabkan harga sewa murah seperti itu yang membuatkan bekas penyewa lama buat perangai seperti ini. 

"Dulu mak letak sewa murah, murah dari harga biasa. Sewa murah, buat perangai begini. Selepas ini saya akan kemas dan bersihkan, kemudian naikkan harga sewaan," katanya. 





Berdasarkan gambar yang di muat naik, dapur, bilik air dan balkoni dalam keadaan kotor. Selain lantai dapur pecah, tangki tandas juga turut tercabut. 

"Tak sangka jadi begini. Selalu tengok rumah orang (dijahanamkan penyewa), sekarang rumah sendiri yang kena. Terus speechless," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.