Loading...
TR

'Dia block nombor janda tu sebelum balik rumah' - Curang, isteri 'jual' suami di Carousell


Laman Carousell sepatutnya dimanfaatkan sebagai tempat untuk menjual barang, tetapi wanita ini lain pula ceritanya apabila dia menggunakan laman itu untuk 'menjual' suaminya yang didakwa curang dengan seorang janda. 

Dalam iklan gambar suaminya yang dikategorikan dalam aksesori wanita terpakai, Hanz Letty menjual suaminya dengan harga satu sen sahaja dengan diskripsi berikut. 

"Selling cheap. Cheater, not coming back home for the family. Kaki club, kaki perempuan, mabuk, tidur rumah perempuan sana sini. Tetapi buat cerita sedih cakap tidur dalam kereta. Isn't that sweet? Nyaaawww," tulisnya. 



Sementara itu, iklan gambar kekasih suaminya pula dikategorikan dalam aksesori lelaki disewakan dengan harga 50 sen. 

Berdasarkan diskripsi tersebut, Hanz Letty mendedahkan taktik suaminya sebelum pulang ke rumah, suaminya akan menyekat nombor janda berkenaan. Apabila Hanz bertanya mengenai perkara itu, si suami akan memberikan alasan wanita itu berhutang duit dengannya dan telah cuba mencari dan menghubungi wanita ini beberapa kali. 

"Janda katanya. Taktiknya begini, sebelum pulang ke rumah, dia akan block nombor perempuan ni. Kemudian dia kata perempuan ini ada berhutang duit dengan dia dan dia dah cuba mencari dan menghubungi perempuan ini banyak kali. 

"Yang kelakarnya, perempuan ini tak block pun dia. Dia yang block nombor perempuan itu. Hahaha! Kelakar gile. Dan dia ada kata yang dia dah cuba call perempuan itu banyak kali kan, tetapi dalam call history tak ada pun nombor perempuan itu. Haish, kelakar betul. 



"Kemudian dia tuduh saya buat perkara yang sama dengan meminta dan beri amaran agar semua orang tidak menghubungi saya. Hahaha! Apa dia ingat saya macam dia ke? Saya tidak sebodoh itu. Dia takut dengan bayang-bayang dia sendiri," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.