Loading...
TR

Bila kau order Elsa, yang sampai nenek Elsa


Baru-baru ini viral di media sosial gambar kek watak animasi Frozen yang mencuit hati netizen kerana lain yang dipesan, lain yang diterima. 

Deom Alias, 9 Februari lalu memuat naik kisahnya itu berkata, dia menempah kek Elsa (Frozen) dari sebuah kedai kek berhampiran rumahnya. 

"Orang di kedai itu kata mereka boleh buat pelbagai design kek. Aku beri contoh gambar yang aku ingin untuk kek tersebut. 

"Orang kedai kata kek akan siap dalam masa dua jam. Mereka meminta deposit tetapi aku bayar penuh. 

"Sekali bila aku ambil kek itu dari kedai dan bawa balik rumah. Tiba di rumah aku buka kotak kek dan agak lama juga aku perhatikan kek itu. Apa yang tak kena ni?" katanya. 

Perkongsian Deom itu telah dikongsi 15,720 kali, lebih 31,000 likes semenjak dimuat naik 9 Februari lalu.  


Bagaimanapun, semalam Deom tampil memberi penjelasan bahawa postnya mengenai kek Frozen itu hanyalah rekaan sahaja kerana dia terlalu bosan 

"Aku saja reka cerita ini kerana aku bosan malam semalam. Tak sangka petang ini dikongsi dan diviralkan oleh sahabat Facebook. 

"Itu sahaja, semoga terhibur. Maaf kepada yang percaya dan terperdaya. Oh tuhanku, hari ini aku buat ramai orang gembira gelak ketawa dan segelintir marah-marah sayang dengan aku," katanya. 


Perkongsian gambar itu juga turut mendapat perhatian pelakon Aeril Zafrel yang kemudian berkongsikan gambar yang sama di Instagramnya dengan kapsyen, "Bila kau order Elsa, yang sampai nenek Elsa'. 

Semakan di laman cakewrecks.com mendapati, gambar itu dimuat naik pada 14 Januari 2016. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.