Pada awal kedatangannya tiada apa-apa perkara yang luar biasa berlaku. Sehinggalah pada satu malam itu ketika dia kembali ke biliknya untuk mengambil ubat-ubatan yang tertinggal. Tak semena-mena housekeeping mendakwa dia ada menghubungi pihak pengurusan untuk meminta selimut lebih, sedangkan dia tidak berbuat demikian.
Kejadian kedua pula menguatkan lagi tanggapannya bahawa sememangnya ada sesuatu yang cuba mengganggu mereka. Dan kali ini muncul dalam gambar wefie yang dirakam ketika dihujung sesi karaoke.
TIGA hari aku bermalam di Port Dickson (PD), ada gambar menarik dan satu kejadian yang tidak diingin berlaku.
Tiga hari dua malam sebenarnya. Aku sampai di PD dan gerak dari Johor Bahru hari Rabu. Bila sampai, waktu dah hampir jam enam petang. Tetapi sebelum itu aku memang dah pergi site visit pun untuk buat program di sana.
Hotel pertama yang aku pergi memang rasa tidak disenangi. Seperti ada 'benda' yang tidak sukakan aku. Aku masuk saja ke lobi hotel masa sive visit itu, dah meremang bulu roma. Masuk tengok bilik dah rasa semacam.
Tetapi nasib bauk tak jadi buat di hotel ini. Aura di hotel yang aku buat site visit ini teruk. Macam kau rasa diperhatikan. Tempatnya memang cantik tetapi kau sentiasa rasa tak sedap hati. Itu yang aku rasa.
Aku bersyukur juga tak jadi buat di hotel itu dan hotel yang ini merupakan antara pilihan terakhir tanpa site visit.
Semasa dalam perjalanan, aku dah remind pada colleague aku agar menjaga mulut dan yang lain-lain. Berdasarkan pengalaman aku yang pernah terkena dan kalau berani, jangan berani sangat. Kalau takut pun jangan takut sangat. Aku beri nasihat itu sebelum sampai di hotel ini.
Sampai saja di hotel itu, aku tak ada rasa apa yang pelik berbanding hotel yang waktu aku buat site visit. Yang ini agak baik dan bilik aku satu aras dengan surau dan bilik sekretariat, berdekatan dengan lobi cuma kena ke hujung sikit.
Kalau mengikut perancangan awal, memang malam pertama itu aku kena tidur seornag saja. Jadi aku tak kisah pun. Masuk saja bilik pun aku tak rasa apa-apa. Buka balkoni ada pokok kelapa. Pemandangan tak berapa cantik tetapi perkara yang lain-lain okay.
Dan yang paling penting aku tak perlu naik lif. Seperti yang aku kata malam lepas check in, aku ada meeting di bilik sekretariat. Tetapi sebelum itu kami pergi dinner dulu.
Dipendekkan cerita, aku join meeting seperti biasa dan sepatutnya dalam jam 10.15 malam begitu aku kena makan ubat. Tetapi ubat aku tertinggal di dalam bilik. Jadi aku meminta diri sekejap untuk mengambil ubat di bilik.
Masuk saja ke bilik aku rasa tak sedap hati. Tetapi aku masih rasa okay saja sebab dah pernah kena di Morib dulu. Jadi aku baca apa yang patut. Aku ambil ubat dan nak keluar. Belum sempat nak keluar, housekeeping ketuk pintu bilik.
Dan memang aku sebenarnya nak keluar bilik semula pun waktu pintu kena ketuk. Aku buka pintu dan housekeeping kata,
"Tadi bilik awak ada call nak selimut lebih kan?"
Aku terdiam. Selimut lebih? Bila masa pula bilik aku call minta selimut lebih? Sedangkan selepas maghrib saja tadi aku dah pergi dinner dan join meeting di bilik sekretariat. Bila masa pula ada orang call minta selimut lebih?
"Tak ada, awak salah bilik kot?" aku kata.
Tetapi housekeeping itu bermati-matian kata bilik aku yang call minta selimut lebih. Tak sampai lima belas minit dia kata aku call.
Aku malas nak fikir sebab aku kena pergi semula ke bilik meeting. Tetapi dalam hati berdebar.
"Benda ini nak bergurau ke?" kata aku dalam hati.
Aku simpan cerita itu dan tak beritahu sesiapa di bilik meeting. Tetapi dalam kepala aku agak seriau nak balik ke bilik. Risau benda yang call minta selimut lebih itu marah aku sebab aku kata bilik ini tak perlukan selimut lebih. LOL!
Aku buat seperti biasa, tak nak fikir sangat. Aku buka iFlix, buka TV dan biarkan terpasang. Tetapi sesekali tersedar juga dari tidur. Bila tersedar, aku memilih untuk baca surah tiga Qul dan ayat kursi sampai aku terlelap semula, baru aku rasa selamat dan alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku.
Keesokannya bengkel dijalankan di dewan yang satu lagi dan ada bilik air berdekatan dengan dewan itu. Tak ada apa yang berlaku tetapi petang itu colleague aku beritahu yang dia kena usik di tandas itu. Telinga dia kena cuit. Aku pun buka cerita tentang apa yang berlaku semalam.
Terus rasa seram! Tetapi masih lagi aku berlagak normal dan malas nak fikir sebab aku dah lali. Paling penting, jangan difikirkan sangat dan buat pendinding pada diri. Itu yang paling utama.
Sebab walau macam mana sekalipun, kalau kau berserah kepada Allah SWT, benda itu takkan berani nak kacau dan aku memang tak dikacau lagi malam iut.
Tetapi malam itu diadakan dinner berkonsepkan tepi pantai. Ada acara semua dan berakhir dekat jam 11 malam lebih juga. Aku antara yang balik bilik lewat dari dinner itu sebab ada sesi karaoke.
Selesai karaoke, tinggal dalam beberapa orang yang ada. Aku baru sedar kad bilik aku tak ada. Aku cuba cari dan masa itu salah seorang yang menghadiri dinner itu ajak wefie. Aku tak nak join sebab aku tengah sibuk mencari kad bilik aku.
Dan hasilnya daripada wefie itu, dapatlah gambar ini. Cuba perhatikan sesuatu yang pelik pada gambar ini. Di belakang sekali itu merupakan pantai. Tetapi tiada seorang pun yang sedar tentang gambar ini sehinggalah pagi Jumaat tadi dan aku bersyukur juga benda itu tak mengikut aku balik ke bilik.
Masa dalam perjalanan balik ke JB, memang aku baca apa yang patut untuk halang dari diikut seperti kes sebelum ini.
Ya, gambar itu dirakam semalam dan bukan dari telefon aku. Diorang tunjuk pada aku sewaktu nak balik tadi. Diorang kata, 'Cuba tengok gambar ini', baru aku perasan ada sesuatu yang masuk juga dalam gambar itu.
Kalau korang kata housekeeping salah bilik, memang dia cakap bilik aku. Nombor bilik aku yang dia sebut lima kali. Jadi di situ sudah tahu bukan salah bilik dan perfect timing pula waktu aku ambil ubat di bilik.
Kalau ada yang tak nampak gambar itu, ini aku tolong bulatkan.
Okay itu saja. Benda ini pun baru terjadi tadi. Aku harap tiada apa-apa yang terjadi. Apa pun aku bersyukur sebab tak kena tindih atau apa-apa waktu malam ambil gambar itu. Apa pun terpulanglah nak percaya atau tidak. Cuma pesanan aku, untuk yang mudah terkena kalau pergi ke area sana pandai-pandailah menjaga diri.
Seperti aku, benda itu sendiri pernah dulu cakap pada ustaz yang dia ikut aku balik sebab tak jaga mulut. Jadi aku cuma sampaikan agar korang tak terkena.
Selain daripada itu, tiada apa yang menakutkan. Kalau korang okay, okay saja. Dan PD cantik kot? Dah tentu aku akan pergi lagi ke hotel ini waluapun kena kejadian seperti ini. Lagipun servis makanan semua bagus.
Okay, itu saja. Selamat malam dan sebelum tidur jangan lupa baca tiga Qul, ayat Kursi, Al Fatihah sebanyak tujuh kali. InshaAllah dijauhkan dari segala gangguan dan hasad dengki manusia. Semoga bermanfaat.
Sumber: @LeAlterEgo