Loading...
TR

Bayi meninggal bukan disebabkan 'Doula'


Polis hari ini mengesahkan punca kematian seorang bayi perempuan yang viral di media sosial sejak beberapa hari yang lalu bukan disebabkan khidmat 'doula', lapor Harian Metro

Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, siasatan yang dijalankan mendapati, kematian bayi berkenaan adalah disebabkan lemas selepas dilahirkan dalam keadaan songsang dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Daya, Johor Bahru. 

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk isu tersebut yang mendakwa bayi berkenaan meninggal dunia disebabkan oleh doula, kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

"Siasatan lengkap sudah dijalankan berkaitan kes kematian bayi perempuan yang meninggal dunia ketika dilahirkan di rumah. Pengadu dan isterinya menafikan bahawa mereka menggunakan apa-apa khidmat 'doula' ketika bayi dilahirkan," katanya. 

Pasangan itu juga mengesahkan bahawa tiada mana-mana pihak atau individu yang menghasut atau mendorong mereka untuk melahirkan bayi mereka di rumah. 

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh polis, punca kematian bukanlah disebabkan oleh perkhidmatan doula. Berkaitan tular isu ‘doula’, ia akan disiasat dan laporan polis dirujuk kepada SKMM untuk tindakan susulan," katanya.

BERITA BERKAITAN:

About Cite Malaya

Powered by Blogger.