Loading...
SIL

AJL 32 – Ramai Gempar Iqram Tiba2 Naik Pentas. Di Belakang Pentas Pula Lebih SUSPEN

AJL 32 – Ramai Gempar Iqram Tiba2 Naik Pentas. Di Belakang Pentas Pula Lebih SUSPEN | Saya Luv Islam – Ketika AJL32 menutup labuh, ramai terkesima bila kelibat Iqram tiba-tiba muncul naik pentas dan menari. Apa yang ramai tak tahu, tak lama lepas tu kejadian di belakang pentas lebih suspen. Jom saksikan. Ada video.

JAMPI MENANG DAN ADA YANG KENA “JAMPI”

Semalam telah berlangsungnya sebuah majlis gilang-gemilang industri muzik tempatan yang diadakan di Dewan Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Sherry Alhadad yang bergandingan bersama Alif Satar memegang amanat selaku pengacara majlis, menjadikan rancangan itu ‘naik seri’ dek telatah mereka yang lucu dan mencuit hati penonton di rumah dan di juga dewan.

Tidak hairanlah lagu Jampi yang dinyanyikan oleh Hael Husaini menyandang gelaran juara AJL ke-32 malam tadi kerana rata-rata netizen telah meramal lagu tersebut bakal menjadi juara.

Tetapi apa membuatkan netizen ‘garu kepala’ adalah apabila Iqram Dinzly “dijampi” naik ke atas pentas dan melakukan tarian secara tiba-tiba tanpa diundang semasa penututp tirai Anugerah Juara Lagu (AJL).

Iqram telah ‘dijampi’ oleh Hael dan menari bersama dia atas pentas semasa persembahan penutup dari Hael Husaini yang merupakan juara AJL ke-32 sekaligus telah menewaskan 11 finalis yang lain.

Kemenangan itu membolehkan lagu Jampi hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ezra Kong yang dinyanyikan oleh Hael Husain sekaligus membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop dan trofi AJL-32.

VIDEO IQRAM MENARI ATAS PENTAS

Jom tengok video Iqram menari tanpa diundang bersama juara AJL-32, Hael Husaini.

Tempat kedua pula disandang oleh Sejati nyanyian Azmi Caliph Buskers manakala tempat ketiga jatuh kepada Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli.

Persembahan Terbaik AJL 32 pula dimenangi oleh Altimet dengan lagu Amboi manakala Vokal Terbaik dirangkul oleh Erni Zakri & Syamel menerusi lagu Aku Cinta.

Tidak ketinggalan, persembahan pilihan dari Samsung selaku sponsor rancangan itu telah memilih Khai Bahar menerusi lagu Bayang.

VIDEO IQRAM DI BELAKANG PENTAS YANG RAMAI TAK TAHU

Sumber : Ohmymedia

The post AJL 32 – Ramai Gempar Iqram Tiba2 Naik Pentas. Di Belakang Pentas Pula Lebih SUSPEN appeared first on SAYALUVISLAM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.