Video berdurasi 2 minit 40 saat yang tidak dinyatakan tarikh kejadian itu menunjukkan lelaki terbabit tidak berpuas hati apabila kenderaannya di saman.
Menurut sumber, We are Malaysians, lelaki terbabit tidak berpuas hati kerana hanya kenderaannya disaman kerana diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya, namun beberapa buah kereta lain yang turut melakukan kesalahan yang sama tidak pula dikenakan tindakan.
Ketika kejadian itu berlaku, seorang wanita yang dipercayai kenalan lelaki terbabit, merakam video kejadian itu.
Salah seorang anggota berkenaan cuba menjelaskan kepada lelaki itu bahawa dia tidak boleh meletakkan kenderaannya di tempat larangan, sedangkan petak tempat letak kereta telah disediakan di hadapan bangunan premis.
Enggan mengalah dan masih mahu memanjangkan perkara itu, lelaki terbabit bermati-matian memberikan alasannya.
Beberapa anggota yang lain cuba menenangkan salah seorang rakan mereka dari mengeruhkan lagi keadaan dan kedua-duanya beredar setelah lelaki terbabit meninggalkan tempat kejadian itu.
Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan lelaki terbabit yang biadab dan enggan mengakui kesilapannya sehingga sanggup memperbesarkan hal itu.
Tidak kurang juga ada segelintir netizen yang kesal dengan sikap anggota berkenaan gagal mengawal emosi sehingga turut melemparkan kata-kata kesat. Kata netizen, anggota berkenaan sepatutnya membiarkan saja lelaki itu dan hanya ambil tindakan undang-undang sekiranya mereka 'disentuh'.