Loading...
TR

(Video) Pejalan kaki maut dirempuh van ketika melintas di garisan pejalan kaki


Seorang pejalan kaki maut ketika melintas jalan selepas dirempuh sebuah van yang dipandu laju. lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi tadi di hadapan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SKJC) Sungai Udang, Melaka, mangsa, Azhar Ahmad, 50, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terseret beberapa meter akibat rempuhan itu.

Menurut jurucakap polis berkata, sebelum kejadian itu berlaku, mangsa baru turun dari sebuah bas. Namun ketika melintas jalan di garisan pejalan kaki, mangsa dirempuh sebuah van.

"Mangsa dikatakan cuba melintasi laluan pejalan kaki,tiba-tiba datang sebuah van dari arah Kem Terendak menghala ke Sungai Udang lalu merempuhnya.

"Akibat rempuhan itu, mangsa terseret kira-kira 15 meter dan disahkan meninggal oleh pasukan perubatan akibat kecederaan parah dikepala," katanya.



Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat selain kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.