Selalu kita baca atau dengar ada segelintir 'individu berjaya' di luar sana selalu mengungkap kata-kata seperti 'Aku ada SPM je tapi gaji 6 angka' bagi mempengaruhi rakan-rakan atau kenalannya. Tetapi dalam tidak sedar, kata-kata seperti itu hanya akan mempengaruhi orang bahawa usaha mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi itu tidak penting atau perlu.
Menggulas mengenai 'trend' yang digunakan kebanyakan 'individu berjaya' ini, lelaki ini berpandangan bahawa orang ramai jangan mudah terpengaruh dan percaya. Lain orang, lain rezekinya dan untuk mendapatkan kejayaan itu anda perlu berusaha, bukannya terpengaruh dengan orang lain melakukan perkara yang sama tetapi bila tidak menjadi, anda yang dilanda penyesalan.
KENAPA orang suka kaitkan latar belakang pendidikan dengan duit hasil pendapatan? Orang ini belajar SPM saja tetapi gaji 10 angka. Orang ini tak sekolah langsung, tetapi pendapatan 200 angka. Orang ini 'drop out', tetapi pendapatan 13 angka.
Biasanya kita suka suap cerita-cerita motivasi seperti ini, memperlekehkan pendidikan semata-mata pendapatan 5-6 angka. Tahulah tujuannya nak memberi harapan kepada mereka yang tidak pandai dalam akademik ini bahawa mereka boleh berjaya. Tetapi agak-agaklah,
Sekarang ini merata-rata orang selalu cakap, "Sekarang ada PhD pun menganggur.", "Kau ambil bidang ini, boleh dapat kerja ke?", Kau ambil bidang ini, boleh dapat gaji besar ke?", "Buat habis duit saja kau belajar. Tengok macam aku SPM je, dah ada rumah.".
Aku tahu ramai saja yang belajar sebab nak bergaji besar, teteapi ramai juga sebenarnya nak belajar sebab minat. Nak belajar sebab memang nak belajar. Realiti sekarang memang 'memaksa' kita melihat institusi pendidikan sebagai lubuk sumber kewangan masa hadapan.
Tak perlu merendahkan pendidikan hanya sebab pendapatan. Kalau kau nak buat macam itu, buat seorang-seorang. Tak payah suntik ke orang lain. Kau nak cerita kau gaji 600 angka, kau cerita sajalah macam mana kau dapatkan tanpa kau perlu cakap, "Aku belajar SPM saja."
Orang lain yang dengar, jangan duk tanam dalam kepala, "Dia belajar SPM saja pun boleh dapat gaji 600 angka.". Dia dapat gaji besar bukan sebab dia belajar sampai SPM saja. Itu sebab dia ambil jalan lain selain pendidikan formal.
Kadang-kadang kasihan juga pada orang yang mengambil bidang yang diminat, selepas itu diperlekehkan, "Belajar tinggi-tinggi, gaji ciput.". Dia bukan macam kau belajar sebab duit semata-mata.
Sumber: Zamir Mohyedin