Foto Hiasan |
Sudahlah berniat mahu merampas, dihasut pula si suami untuk menceraikan isterinya agar dia dapat memiliki lelaki itu. Entah di mana kewarasan fikiran wanita ini yang tergamak mengkhianati kaumnya sendiri.
Luahannya ringkas saja, tetapi beribu riban netizen yang mengecam tindakannya menghasut lelaki berkenaan. Apatah lagi apabila dia mengakui sudah mengandungkan anak lelaki terbabit.
"Hi KRT (Kisah Rumah Tangga). Saya dah mengandung anak bakal suami dan kami merancang nak bernikah je minggu depan.
"Apa yang menjadi masalahnya ialah, isteri bakal suami tidak boleh terima sedangkan dia mandul.Bakal suami pula nak anak.
"Salah ke saya suruh bakal suami ceraikan dia saja sebab dia dah berdosa tak dapat berikan suaminya anak? TQ admin, salam," tulisnya.
Menyirap darah netizen membaca luahannya itu. Namun berdasarkan komen yang mendapat likes tertinggi (3,2K likes), tindakan wanita itu tidak salah, malah disifatkannya sebagai satu tindakan yang bagus.
"Tak salah langsung. Bagus tindakan awak itu, suruh bakal suami awak menceraikan isteri dia sebab bakal suami awak itu tidak layak untuk isteri dia.
"Dia hanya layak untuk awak sahaja sebab sama-sama syaitonnn nirojim. Sekurang-kurangnya bila isteri dia diceraikan, Allah akan turunkan lelaki yang jauh lebih baik untuk dia.
"Pada masa itu kelak, nak tengok bakal suami awak itu tinggalkan awak atau tak. Ini sekadar pendapat sayalah kan. Goodluck perampas!" - Cik Wawa
"Eh, jangan cakap besar kak. Sedap saja suruh cerai. Ingat kirafah itu ada, kak. Mengandung benih yang tidak sah, bangga sangat. Kang kena batang hidung sendiri baru tahu langit tinggi ke rendah.
"Suka suki saja kata isteri bakal suami berdosa ye. Yang perbuatan korang berzina itu tidak berdosa ke? Buat anak sebelum kahwin itu tak berdosa ke? Bodoh jangan dipelihara sangat kak, nanti anak pun terikut bodoh seperti ibunya." - Syen Joe
Sementara itu, Rosezannah pula mendoakan agar isteri lelaki terbabit dikurniakan cahaya mata agar si suami memutuskan hubungannya dengan kekasihnya itu.
"Saya doakan, tidak lama laig isteri kepada bakal suami awak itu mengandung. Dan dia akan sayangkan isteri dia sepenuh hati sebab hasil anak halal dengan isteri yang sah. Awak jagalah anak awak itu seorang diri," katanya.
Janganlah dengan sengaja menjadi perosak rumah tangga orang lain, jangan juga mengkhianati kaum sendiri. Seharusnya sebagai seorang wanita memahami perasaan wanita lain. Bukannya mengambil kesempatan dan menghancurkan kehidupan mereka yang telah dibina bertahun lamanya.