Loading...
SIL

Perompak TERKEDU Pemilik Kedai Emas Tiba-Tiba Laung Azan. Apa Jadi Seterusnya MENGEJUTKAN

Perompak TERKEDU Pemilik Kedai Emas Tiba-Tiba Laung Azan. Apa Jadi Seterusnya MENGEJUTKAN | Saya Luv Islam – Seorang perompak bersenjata parang terkedu bila pemilik kedai emas seorang wanita di Kota Bharu tiba-tiba laung azan. Dan apa jadi seterusnya amat mengejutkan. Subhanallah.

PEROMPAK TERKEDU LEPAS DENGAR AZAN

Terkejut dengan laungan azan oleh pemilik kedai emas, hasrat seorang perompak untuk menambah lagi hasil rompakan terbantut apabila dia terus melarikan diri, pagi tadi.

Bagaimanapun, suspek berkenaan sebelum itu berjaya mengambil wang tunai dan barangan kemas bernilai RM40,000 dalam kejadian jam 9.20 pagi di Jalan Buluh Kubu, di sini.

KEJADIAN SANGAT PANTAS

Anak kepada pemilik kedai yang dikenali sebagai Yuni, 18, berkata ketika itu dia bersama ibunya yang juga pemilik kedai dan seorang ustaz datang untuk mengajar mereka mengaji al-Quran berada di sebuah bilik di kedai terbabit.

“Tiba-tiba seorang lelaki berusia 30-an meluru dan mengacukan parang ke leher ustaz sebelum mengugut ibu supaya menyerah telefon bimbit dipegangnya.

“Suspek kemudian mengambil beg tangan ibu yang mengandungi wang dan barang kemas seperti rantai, loket serta gelang yang berada di meja berdekatan.

PEROMPAK TAK SEMPAT AMBIL BANYAK LAGI BARANG KEMAS

“Sebelum suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal, dia cuba membuka cermin menempatkan barangan kemas, namun tidak berjaya selepas ibu melaungkan azan.

“Sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kedai kami baru saja beberapa hari rosak, namun CCTV milik kedai berhampiran berjaya merakam suspek,” katanya ditemui di kedai emas milik keluarga yang sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Suspek masih belum dapat dikenal pasti dan kami berharap orang ramai tampil memberi maklumat bagi memudahkan siasatan kes mengikut Seksyen 392/397Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

The post Perompak TERKEDU Pemilik Kedai Emas Tiba-Tiba Laung Azan. Apa Jadi Seterusnya MENGEJUTKAN appeared first on SAYALUVISLAM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.