Pengantin Lelaki Tiba2 PELUK Bekas Kekasih Di Majlis Kahwin. Seterusnya MENGEJUTKAN | Saya Luv Islam – Seorang pengantin lelaki secara tiba-tiba terus turun pelamin dan memeluk bekas kekasihnya. Apa jadi seterunya amat mengejutkan. Ada video.
PELUK DAN PENGSAN
SEORANG lelaki berusia 20 tahun terkenal gara-gara video dia memeluk bekas kekasihnya pada majlis kahwinnya tular.
Semasa majlis perkahwinannya minggu lalu yang diadakan di Sulawesi Selatan, Nokies Febrianto melakukan adegan ‘berani mati’ yang mengejutkan tetamunya apabila dia memeluk dan mencium seorang wanita yang sedang menyanyi di majlis tersebut sebelum pengsan dalam pelukan wanita berkenaan.
Apa yang menjadikan keadaan ini luar biasa ialah penyanyi tersebut adalah bekas teman wanitanya, Novi.
PENJELASAN SEBENAR
Selepas video itu tular di Indonesia, media tempatan mendapatkan penjelasan daripada pengantin Febrianto mengapa dia sanggup meninggalkan pelamin dan memeluk Novi yang sedang menyanyi pada majlis perkahwinannya.
“Saya seperti terpukau dengan Novi ketika dia menyanyikan lagu ‘Balo Lipa’. Saya rasa sedih dan kesal tetapi saya tidak berfikir apa-apa ketika saya turun dan memeluknya,” kata Febrianto kepada Detik.
Dia pengsan selama kira-kira 30 minit.
Menafikan spekulasi bahawa rumah tangga yang baru dibinanya sudah retak akibat kejadian itu, Febrianto berkata dia tetap setia kepada isterinya, Anhy, yang berusia 18 tahun.
“Isteri saya tetap sempurna di mata saya. Saya akan tetap setia kepadanya,” katanya.
ISTERI COOL SAHAJA
Mengejutkan kerana Anhy juga terus menyokong suaminya dan memahami mengapa suaminya sanggup memeluk bekas kekasihnya pada hari bersejarah mereka.
“Saya lihat wajah Novi dan dia begitu cantik pada hari itu, wajahnya bersinar. Malah saya juga terpukau, apalagi suami saya,” katanya kepada Detik.
Anhy mendedahkan bahawa dia tahu tentang hubungan suaminya dengan Novi sebelum ini, termasuklah kisah sedih di sebalik hubungan mereka yang terputus.
REAKSI BEKAS KEKASIH
Menurutnya, Novi dan Febrianto bercinta selama kira-kira satu tahun tetapi ibu bapa Novi tidak merestui hubungan mereka.
Novi pula berkata, dia setuju untuk menerima jemputan bekas kekasihnya itu dan meminta untuk menyanyi pada hari perkahwinannya kerana kerana hubungan baiknya dengan keluarga Febrianto.
“Saya menghormati ibu dan bapanya, mereka seperti ibu bapa saya sendiri, mereka sangat sayangkan saya. Tetapi nasib telah memutuskan sebaliknya dan saya telah menerimanya,” kata Novi memetik Detik.
VIDEO KEJADIAN
Sumber: Saya Luv Islam via Mstar
PADAH AMBIL GAMBAR BULAN MADU “PELIK”
Kisah lain pulak. HASRAT pasangan yang baru berkahwin untuk mendapatkan gambar bulan madu luar biasa berakhir dengan bencana apabila gelombang besar menghempas mereka ke batuan.
Ryan dan Marelize pergi ke sebuah pantai di Afrika Selatan, pada 4 Januari dengan mendaki kawasan berbatu untuk merakamkan gambar mereka sedang berdiri berlatar belakangkan ombak besar dan tinggi, lapor The Sun.
Mereka kemudian menyedari bahawa rancangan tersebut terlalu berbahaya dan mula mencari tempat lain yang difikirkan lebih selamat.
TERCAMPAK ATAS BATU
Walau bagaimanapun, apabila tiba di satu lokasi yang dirasakan selamat, gelombang besar menghempas belakang mereka, menyebabkan mereka tercampak di atas batu.
Dreyer mengalami kecederaan apabila kakinya tersekat di antara dua batu, menyebabkan ia terkehel dan patah.
“Kami melihat gelombang seterusnya datang dan cuba bersiap sedia untuk bergambar, tetapi gelombang itu menghentam kami,” kata Dreyer kepada The Sun.
“Tiba-tiba kami rasa seperti berada di bawah air, gelombang itu benar-benar tidak diduga, kami hanya terdampar di sana dan seterusnya kami sudah berada di bawah air.”
Selepas menyedari Dreyer cedera, Ryan bersama seorang lagi rakan memberikan pertolongan cemas sebelum dia di bawa ke hospital.
Dreyer menjalani pembedahan di Hospital Worcester di Cape Barat, Afrika Selatan, yang mana plat dan beberapa skru ditanam di kakinya.
Sumber : Mstar
The post Pengantin Lelaki Tiba2 PELUK Bekas Kekasih Di Majlis Kahwin. Seterusnya MENGEJUTKAN appeared first on SAYALUVISLAM.