Loading...
TR

Pemandangannya cantik dan suasana rimbunan hijau sesuai untuk percutian bersama keluarga


Salam semua. Saya nak berkongsi pengalaman di satu tempat yang menarik untuk percutian bersama keluarga. Kalau bercakap tentang Pulau Pinang, mesti kita akan terbayangkan suasana tepi pantai. Ada yang suka membawa keluarga berkelah ataupun yang datang bersama dengan rakan-rakan bermain watersports dan sebagainya. 

Kebanyakan akan datang ke area hotspot. Contohnya Batu Ferrenghi sebagai salah satu destinasi wajib jika datang ke Pulau Mutiara ini. 

Tetapi bagi sesiapa yang mahukan kelainan percutian bersama keluarga dan sukakan suasana rimbunan hijau, next trip boleh cuba tempat ini. Fig Tree Hill Resort yang terletak di dalam kawasan bukit Sungai Ara, Pulau Pinang. 

Kalau korang Waze ke tempat ini kena berhati-hati sebab ia tidak menunjukkan lokasinya secara tepat, tetapi selepas saja masuk ke jalan kecil ke arah lereng bukit itu, hanya perlu ikut signboard dan inshaAllah korang akan selamat sampai ke destinasi. 

Di sini hanya ada enam jenis villa. Bermula dari bilik Jasmine, Lemongrass, Kemboja, Lily, Melor dan bilik yang paling besar, Cempaka. Semua bilik ada seorang butler yang menjaga villa-villa dan service guest yang datang berkunjung ke sini. 

Keluarga kami duduk di villa Kemboja, tingkat bawah (ground floor) ada ruang tamu dan juga area karaoke. Bilik ketiga ada double bed dan peti sejuk di dalam bilik dan bilik mandi serta toilet asing di area ruang tamu. 

Untuk ke tingkat atas, kena naik tangga yang terdapat bilik master, bilik kedua dan bilik mandi jenis open air shower dan bath tub. Ruang bilik mandi juga lebih luas berbanding yang di bawah. 

Villa juga dilengkapi dengan aircond dan kipas. Area dapur dan dining area pula di sebelah villa, kita perlu meniti ke sana. Jadi bolehlah buat aktiviti memasak sepuas-puasnya sebab takkan menyebabkan ruang villa berbau. 

Dining table pun boleh muat 8-10 pax. Jadi tidak perlu risau tak ada tempat duduk untuk menjamu selera dengan keluarga. Kalau nak BBQ pun ada ruang patio dan gazebo di kiri luar ruang tamu villa. Cuma swimming pool, korang kena ikut laluan pintas dari tangga tingkat satu ke villa Lily. 

Overall family trip kami di sini memang best sebab tak selalu dapat merasa suasana rimbunan hijau dan pemandangan yang cantik. Kalau korang merancang nak bercuti di sini, kena sediakan makanan sendiri sebab pihak villa akan sediakan english breakfast untuk sarapan sahaja. Cuma sesiapa yang plan nak ke kedai serbaneka kena berhati-hati sebab jalan kecil lereng bukit itu tak ada lampu jalan dan berbahaya jika memandu di waktu malam. 

Saya kongsi gambar-gambar dan video trip kami di sini. Semoga post ini memberi manfaat kepada sesiapa yang inginkan kelainan bagi next trip korang ke Pulau Pinang. 





















Sumber: Azure Jaffar

About Cite Malaya

Powered by Blogger.