Loading...
TR

'Menunjuk semasa memberi sedekah, adakah betul Dato' beragama Islam?' - Deep! Netizen tegur sikap menunjuk jutawan kosmetik


Baru-baru ini, pengasas D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, memuat naik gambar jagung bakar yang dibelinya ketika berada di Lombok, Indonesia dengan kapsyen berikut: 

"Jurujual penipu. Mentang-mentang saya nampak rupa orang luar, dia jual jagung ini 30,000 rupiah. Padahal 5,000 rupiah saja. 

"Saya pula beli lebih 10 batang untuk disedekahkan. Siapa pergi Lombok (pernah) kena tipu macam saya?" tulisnya di Instagram. 


Bagaimanapun, tampil seorang netizen, Meita Tristiana, memberi teguran yang paling 'deep' untuk penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' berkenaan, malah turut mendapat reaksi positif netizen lain. 

"Saya dibesarkan di keluarga yang berbeza agama. Saya memilih Kristian , sementara abang saya memilih Islam. 

"Pernah dahulu ketika di zaman sekolah, saya memberi wang saku saya kepada pengemis dan pulang dengan bangga memberitahu perkara itu kepada abang saya dengan berfikir bahawa abang saya pasti suka dan memuji tindakan saya. 

"Tetapi lain yang saya dapat. Abang saya bukannya mahu memuji, tetapi dia menasihati saya. Dia berkata, dalam Islam orang yang mulia adalah semasa dia memberi dengan tangan kanannya tanpa diketahui oleh tangan kirinya.

"Kerana perkara itulah saya merasa bangga mempunyai abang yang beragama Islam. Tetapi bila saya mengetahui perangai Dato' yang selalu menunjuk semasa memberi sedekah, timbul persoalan saya. Adakah betul Dato' seorang yang beragama Islam? 

"Kalau betul, kenapa tak sama dengan apa yang abang saya katakan?" tulis Meita. 


Tepat, padu dan pedas sekali teguran yang diberikan. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua agar jangan suka menunjuk-nunjuk apabila memberi sedekah. Cukuplah hanya sekadar diri dan Allah sahaja yang mengetahui niat dan tindakan kita itu. 

Sementara itu, netizen lain juga turut meluahkan rasa kurang senang mereka berhubung perkara yang sama, malah ada netizen dari Indonesia menafikan harga sebatang jagung, 5,000 rupiah. 

"Saya orang Indonesia. Mana ada jagung kat sini 5,000 rupiah," kata Ikhsan Wieharto.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.