Loading...
TR

'Lelaki Melayu takde langsung yang hensem' - Netizen kecam wanita ini muat naik tweet publisiti murahan


Gara-gara memuat naik tweet yang dianggap menghina ciptaan Tuhan, wanita ini dikecam hebat oleh netizen di Twitter sejak malam tadi, khususnya golongan lelaki.

"Lelaki Melayu takde langsung yang hensem," tulisnya pada jam 9.25 malam semalam. 

"Dangg, man. Memang kalau tengok yang triggered semua muka macam terompah kulat," tulisnya lagi selepas tweetnya itu mendapat perhatian dari netizen. 


Bagaimanapun, netizen berpendapat wanita berkenaan sengaja mencari publisiti murahan untuk menambah followersnya. 

"Lebih kepada tweet mencari publisiti murahan. Kepada owner thread, maaf abang nak tegur sikit ya dik. Bukan kerja awak nak menentukan hensem tak hensem, cantik tak cantik. Kalau awak minat yang KPop, pergilah cari KPop. Itu pun kalau mereka nak kat awak. Tapi jangan sampai menghina ciptaan Allah," - Hirzi Fauzan. 

Walaupun begitu, Sarah tidak merasa dirinya dikecam, sebaliknya menyalahkan netizen yang tiba-tiba 'terasa' sendiri. 

Reaksi segelintir netizen yang enggan mengambil terlalu serius akan tweet berkenaan pula membalas dakwaan wanita itu dengan tweet yang melucukan. 

"Maaf kalau terasa. Hmm, nak cakap sikit ni. Awak antara wanita Melayu tak lawa langsung. Dasar ketiak hitam acah-acah publisiti murahan. Hmm... maaf kalau triggered. Sorry again makcik," - Bangnas96

"Awak ada mix Jepun ke? Muka dah macam selipar Jepun tu," - Milo Tabur

"Bapa awak suka bertapa ke? Sebab tengok muka dah macam penunggu," Padu Beb





Sumber: @Sarahaljayy

About Cite Malaya

Powered by Blogger.