Loading...
TR

Leka dengan telefon bimbit, kaki terputus 'digigit' lif


Seorang wanita di China putus kaki kanan selepas kakinya tersepit di pintu lif yang tertutup dan terus bergerak ke tingkat atas, lapor Daily Mail

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 21 Jun 2017 di sebuah bangunan kediaman di Shanghai dan video CCTV kejadian itu baru dimuat naik ke media sosial baru-baru ini. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita berambut pendek berkenaan sedang leka menggunakan telefon bimbitnya semasa berjalan masuk ek dalam lif sebelum tersandung dan jatuh ke lantai. 

Kaki kanan mangsa yang terperosok dalam ruang di antara lif dan tingkat berkenaan kemudian disepit pintu lif dan lif tersebut terus bergerak ke tingkat atas tanpa sempat mangsa mengeluarkan kakinya. 


Lif tersebut naik ke tingkat tiga bangunan berkenaan sebelum berhenti dan mangsa dilihat terbaring menahan kesakitan. 

Mangsa cuba mengeluarkan kaki kanannya yang tersangkut dari paras lutut ke bawah, namun gagal berbuat demikian. 

Tiada sebarang maklumat mengenai keadaan mangsa sama ada masih hidup atau mati. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.