Loading...
TR

'Jika BN menang besar di Selangor, saya janji akan beri pendidikan percuma untuk sekolah agama' - Noh Omar


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar menjanjikan pendidikan percuma untuk semua murid sekolah agama di bawah pentadbiran kerajaan negeri sekiranya mereka menang dalam pilihanraya umum akan datang, lapor Sinar Harian

Beliau menjelaskan, pendidikan percuma untuk sekolah agama itu amat wajar dilaksanakan memandangkan pada waktu ini ada ibu bapa yang merungut, bayaran yuran yang dikenakan terlalu tinggi dan membebankan. 

"Saya janji, jika BN menang besar dan berjaya menawan semula selangor, kita akan beri pendidikan percuma untuk sekolah agama. Bahkan beri perhatian dari segi prasarana bangunan dan kemudahan lain. 

"Saya cukup hairan, Pakatan Harapan bangga dengan simpanan rizab berbilion ringgit tetapi kebajikan sekolah agama ini satu pun tidak dibantu, sedangkan di bawah kuasa kerajaan negeri," katanya. 

Tan Sri Noh Omar mengulas isu kenaikan yuran sekolah agama selepas Program Walkabout Kampung Parit 4 bersama pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Parit 4, petang tadi. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.