Loading...
TR

'Berhenti kecam Farid Kamil, tunggu dia keluar dan beri keterangan' - Sofi Jikan


Pelakon, Sofi Jikan menggesa orang ramai berhenti mengecam dan memberi tekanan kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil berhubung kes penahanannya semalam. 

Sofi, 48, berkata, Farid Kamil sedang mengalami tekanan perasaan dan berhadapan dengan pelbagai masalah peribadi dan kerja sehingga bertindak di luar kawalan. 

"Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam depresi. 

"Saya sedih bila ramai yang megecam dia dengan pelbagai tohmahan, sedangkan tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Kita tidak tahu apa yang terjadi, lebih elok tunggu dia keluar dan beri keterangan," katanya. 

Jelas Sofi, Farid Kamil sebelum ini juga pernah menyatakan hasrat memperjuangkan nasib artis yang berdepan dengan masalah hutang ah long. 

"Farid mempunyai semangat untuk membela nasib artis dan dia sangat sensitif apabila ada isu berkaitan dengan artis seperti berita '300 artis berhutang dengan ah long'. 

"Mungkin berlaku provokasi sehingga dia bertindak demikian," katanya. 



Semalam, Farid Kamil ditahan selepas menyerang seorang anggota polis dan dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara. 

Farid Kamil ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan. 

Sumber: mStar Online

About Cite Malaya

Powered by Blogger.