"Tahniah! Alhamdulillah, semoga kekal ke jannah," demikian ucapan para peminat yang gembira dengan perkhabaran Datuk Adi Putra dan Aida Yusof bersatu semula.
Terdahulu, Adi Putra menceraikan Aida dan isteri keduanya selepas dilanda kontroversi tahun lalu.
Bagaimanapun, rakan baik mereka, Datuk Nurul Zahid, memuat naik gambar pasangan itu di Instagramnya di mana Adi Putra dan Aida telah bernikah semula semalam.
"Salam tahniah dari Madinah buat Adi Putra dan Aida Yusof. Proud of both of you. 'Selamat pengantin baharu' ehhh? Lama? Eh? Baharu? Ehh?" tulisnya.
Sementara itu, Adi Putra melalui Instagramnya sendiri mengesahkan perkara itu.
"18.1.18 Continuity of 12 years. Syukur pada Allah dan terima kasih pada yang hadir dan juga mendoakan buat saya dan Aida Yusof. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai Ummah. Ameen," tulis pada kapsyen gambar yang turut disertakan dengan hashtag #taadpadayangsatu #adpfamili.
Di ruangan komen, para peminat tidak putus-putus mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan ini bahagia dan kekal sehingga ke jannah.