Loading...
TR

'Tak tahu plak kat Serawak ni, homestay kena kemas' - Penyewa


Tak kiralah anda menyewa bilik/rumah sewa, homestay atau hotel sekalipun, kemaskanlah setakat yang mampu sebelum check out. Bukannya keluar terus dan biarkan keadaan dalam rumah/bilik bersepah. 

Baru-baru ini, viral di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan sebuah homestay berada dalam keadaan kotor gara-gara penyewanya yang tidak bertanggungjawab. 

"Salam. Saya yang sewa homestay tu. Minta maaflah, saya tak tahu pula di Serawak (SARAWAK!) ni homestay kena kemaskan macam asal. Sebab saya pun ada homestay, dah biasa macam tu. 

"Lagipun homestay kan berbayar, bukan free. Rasanya tak ada masalah. 

"Kenapa encik nak ganti rugi ke? Sebab saya dah menginap homestay serata dah, bukan di Malaysia saja. Ini pertama kali (jumpa) owner homestay yang macam ni," mesej penyewa terbabit. 


"Saya tahu kamu bayar, kamu banyak wang. Tetapi begitukah cara kamu menginap di Homestay atau di rumah (perangai) macam itu juga? 

"Islam tak ajar perangai macam itu. Kalau saya tahu customer macam kamu, bayar RM1,000 semalam pun saya tak terima," balas pemilik homestay berkenaan. 


Berdasarkan gambar, meja makan bersepah dengan kotak-kotak makanan KFC, cawan kotor, pinggan kotor. Manakala di bahagian sinki pula penuh dengan pinggan dan kuali tak dicuci, gelas kotor, tong sampah penuh. 



Sementara itu, netizen juga bersimpati dengan nasib pemilik homestay yang terkena dengan penyewa yang tidak bertamadun ini. 

"Tak kisahlah dia ada homestay juga atau dah duduk homestay serata Malaysia. Tapi tak salah pun kalau kemas sikit-sikit dan apa yang patut. Secara tidak langsung memudahkan kerja orang lain dan jaga persepsi orang pada penyewa." - Ani Mazliya.

"Teruknya perangai. Kalau di rumah sendiri, entah macam manalah kotornya." - Iza Azznaine. 

"Tak ada sivik punya orang! Buat malu saja. Inilah antara manusia-manusia yang tak reti flush selepas buang air besar di tandas awam." - Rais Jay.  

About Cite Malaya

Powered by Blogger.