Tinggal di rumah sewa, penghuninya perlulah bersama-sama menjaga kebersihan rumah. Bukannya berharap pada penghuni yang lain melakukan semuanya. Buatlah jadual mengemas, agar setiap penghuni menerima tugas masing-masing dengan adil.
Namun begitu, kebanyakan penghuni rumah sewa buat perangai buruk masing-masing sehingga ada yang terasa seperti diperhambakan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
SALAM min, minta tolong sangat siarkan ni. Aku memang suka kemas rumah, jadi aku selalulah kemas rumah sewa aku ni. Dari first masuk rumah ni masa bulan September sampailah penghujung bulan Oktober, sumpah aku cakap, aku seorang je yang mengemas, sapu lantai, mop lantai, cuci tandas semua.
Rumah aku ada 10 orang tetapi tiada seorang pun yang pernah aku nampak pegang batang mop. Aku bersyukur jugalah dapat housemate yang bukan jenis kemproh atau penyepah. Setakat sapu itu bolehlah. Tetapi kalau nak mop lantai, cuci tandas, semua buat muka bodoh.
Balik dari cuti midsem ini, bilik aku je balik hari Insin pagi. Yang lain Jumaat dan Sabtu dah sampai. Ada satu bilik, hari Khamis dah balik.
Aku sampai rumah, lantai rumah berhabuk! Hitam kaki. Korang yang balik duduk lama-lama dalam rumah ini memang tak rasa ke kaki tu kotor? Kalau sekali dua jadi balaci tu tak apalah. Tapi kalau dah satu rumah asyik mengharapkan aku, susahlah guys.
Aku balik penat-penat dari Pulau Pinang, pijak lantai rumah macam pijak tanah.
Nak buat jadual tak boleh sebab budak master bedroom bajet macam ketua rumah. Bila satu bilik itu tak nak, yang lain rasa macam tak adillah. Last-last aku yang OCD ini jugalah buat semua benda.
Tak apalah kalau dah nasib. Cuma faham-faham sajalah. Ambil degree tapi kalau perkara macam ini pun tak faham-faham, baik masuk balik tadika, belajar dari mula. Masa sekolah belajar sivik elok-elok.