Loading...
TR

'Nak pakai, pakai, tak nak pakai buang ke longkang' - Butik gagal siapkan baju pengantin, viral di media sosial


Viral di media sosial video sebuah butik pengantin di Kedah 'diserang' pelanggan yang menuntut busana pengantin yang telah ditempahnya tetapi belum disiapkan. 

Video dan gambar yang dimuat naik Dayangku Anne itu viral di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menganggap pihak butik berkenaan tidak bertanggungjawab. 

"Nak sanding, baju tak siap. The stupid a.k.a bangang wedding planner story. 

"Inform baju nikah tak siap jam 10 malam. Kau ingat butik lain bukak 24/7 ke? Pelamin pula tak semengah harga RM1,500. Lain yang dijanjikan, lain yang dapat macam jahanam. 



"Baju sanding jam 12.30 baru kalut nak gam manik bagai. Ayat dia (pihak butik), 'Nak pakai, pakai. Tak nak pakai, buang ke longkang'. 

"Karpet tak disediakan, kita pula yang kena cari sendiri. Sampin dan tengkolok tak ada, kata kain tak terima. Minta nombor tailor, diberi nombor bangla yang tak wujud. 

"Konon ada gangster backup, kau ingat gua hairan ke?" tulis Dayangku Anne di akaun Facebooknya. 


Berdasarkan video, ahli keluarga pengantin cuba menuntut pakaian yang telah ditempah, namun pihak butik gagal menyediakan pakaian itu tepat pada masanya. Sedangkan majlis akan berlangsung pada jam 12 tengah hari, di hari kejadian. 




Berlaku pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak dan keadaan menjadi lebih tegang apabila seorang kakitangan butik itu membaling objek pada ahli keluarga pengantin. Tidak beberapa lama selepas itu, seorang lelaki berbaju merah juga dilihat mahu menyerang mereka. 

Difahamkan, pihak pengantin akan membuat laporan berhubung kejadian itu kepada pihak polis dan tribunal pengguna.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.