Loading...
TR

Lelaki rogol adik ipar ketika isteri sedang tidur lena di bilik yang sama


Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dirogol abang iparnya ketika isterinya yang juga merupakan kakak kandungnya sedang tidur lena, lapor Harian Metro

Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Seria Jaya, Setapak, lelaki berusia 30-an terbabit melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya sedang tidur lena di rumah yang sama sejak dua minggu lalu.

Menurut sumber, mangsa sering datang ke rumah kakaknya terutamanya ketika cuti sekolah kerana mahu membantu menjaga anak saudaranya yang masih kecil. 

"Namun ketika mereka tidur sebilik, suspek dikatakan sempat mengambil peluang untuk merogol mangsa. 

"Tindakan itu dianggap amat berani berikutan isteri suspek tidak menyedari perbuatan itu walaupun berada berdekatan," katanya.

Suspek juga turut mengugut mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada orang lain kerana suspek akan membunuh semua ahli keluarga mangsa jika perbuatan terkutuknya itu diketahui orang lain. 

Bagaimanapun, mangsa yang masih bersekolah bimbang kejadian yang sama berulang lalu menceritakan perkara itu kepada kakaknya untuk tindakan lanjut. 

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan perubatan sebelum membuat laporan polis di pondok polis HKL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.