Loading...
SIL

Isu Baitulmaqdis. Terkini Ulama Dunia Melalui Dr Muraweh Mousa Bidas Resolusi OIC Kerana…

Isu Baitulmaqdis. Terkini Ulama Dunia Melalui Dr Muraweh Mousa Bidas Resolusi OIC Kerana… | Saya Luv Islam – Baru-baru ni negara Islam bersidang di OIC bincang isu Baitulmaqdis dan resolusinya boleh tahan. Tetapi Kesatuan Ulama Dunia melalui Dr Muraweh membidasnya kerana…..

BIDAS RESOLUSI OIC

Pengerusi Jawatankuasa Baitulmaqdis Kesatuan Ulama Dunia, Dr Muraweh Mousa Nasser Nasar berkata, resolusi yang dikeluarkan ketika Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 13 Disember di Istanbul, Turki tidak memberi sebarang impak yang besar.

Beliau berkata, resolusi itu lebih kepada percakapan semata-mata.

“Resolusi itu perkara biasa sahaja kerana ia tidak akan memberi tekanan kepada Israel,” katanya pada Majlis Hi-Tea 1 Juta Untuk Al-Aqsa, yang bertempat di Hotel Tenera, Bangi.

GESA PUTUS HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN ISRAEL

Katanya, OIC sepatutnya mengeluarkan resolusi yang menggesa semua negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

Pada masa sama, Dr Muraweh turut meminta lebih ramai negara Islam membuka kedutaan di Baitulmaqdis.

TERIMA KASIH KEPADA TRUMP

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana secara tidak langsung mengiklankan kepada dunia berhubung isu Al-Aqsa.

“Dia telah mengembalikan isu Palestin ni kepada tempat asalnya. Apabila dia isytihar, dia bangkitkan semangat orang Islam di seluruh dunia. Itu satu kelebihan yang berlaku sesudah pengisytiharan itu.

“Sebenarnya apa yang diisytiharkan oleh Trump objektif utamanya bangkit semangat orang Yahudi, tetapi orang Islam juga turut dikembalikan semangat mereka untuk berjuang demi Al-Aqsa,” katanya.

Program 1 Juta Untuk Aqsa anjuran Aman Palestin Berhad membawa harapan besar untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia mengenai kepentingan membebaskan Masjid Al-Aqsa.

PROGRAM 1 JUTA UNTUK AQSA

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Ustaz Awang Suffian Awang Piut berkata, selagi masjid suci umat Islam itu tidak dibebaskan, selagi itu amanah ini diteruskan.

“Apa yang diusahakan hari ini bukan untuk diri sendiri tetapi kita membuka jalan, kalau bukan generasi kita, kita harapkan mungkin anak cucu kita yang dapat membawa perjuangan kita dan meneruskan cita cita untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa.

“Kita mengetahui dan kita cukup-cukup tahu isu Al-Aqsa bukan isu bermusim, bukan hanya isu orang arab di sekitar Aqsa. Ini isu setiap Muslim isu yang akan dipersoalkan oleh Allah. Apa yang kita lakukan apa yang kita cuba susun. Kita cuba bagi kesedaran kepada umat Islam,” katanya pada Majlis Hi-Tea 1 Juta Untuk Al-Aqsa bersama Pengerusi Jawatankuasa Baitulmaqdis Kesatuan Ulama Dunia, Dr Muraweh Mousa Nasser Nasar, yang bertempat di Hotel Tenera, Bangi.

Majlis Hi-Tea ini antara salah satu program sempena Jelajah 1 Juta Untuk Al-Aqsa yang berlangsung 15 Disember sehingga 28 Disember 2017.

Mengikut perancangan asal, Mantan Mufti dan Imam Masjid Al-Aqsa, Dr Ekrimah Sa’id Sabri yang dijadualkan untuk menghadiri jelajah ini.

Namun, Ustaz Awang berkata, dua hari sebelum Dr Ekrimah terlibat kecelakaan dan keadaannya tidak mengizinkan untuk beliau terbang ke Malaysia.

Keadaan di Masjid Al-Aqsa juga bertambah runcing dan sukar untuk beliau keluar darinya.

“Alhamdulillah kita ada Syeikh Muraweh Musa Nassar, beliau juga pakar di dalam Baitulmaqdis. Syeikh Muraweh merupakan salah seorang tokoh ulama’ tersohor yang bertugas dalam memperkasakan umat Islam di Baitulmaqdis khususnya dalam bidang keilmuan.

“Terkini, beliau terlibat secara langsung di peringkat antarabangsa dalam Persatuan Ulama’ Antarabangsa yang banyak membicarakan mengenai hukum hakam, fatwa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam secara keseluruhannya,” katanya.

Jelajah 1 Juta Untuk Aqsa selama dua minggu ini akan dijalankan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Antara program-program yang akan dilaksanakan di bawah roadshow ini adalah ceramah perdana, sidang media, temu ramah bersama stesen televisyen dan radio serta acara terbesar yang akan dilaksanakan adalah Konvensyen Aqsa Solidariti Ummah.

Sumber: Saya Luv Islam via Ismaweb

The post Isu Baitulmaqdis. Terkini Ulama Dunia Melalui Dr Muraweh Mousa Bidas Resolusi OIC Kerana… appeared first on SAYALUVISLAM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.