Loading...
BM

Isu Baitulmaqdis. Susulan Pengisyhtiharan Trump, Ini Tindakan BERANI Rejim Zionis !!!

Isu Baitulmaqdis. Susulan Pengisyhtiharan Trump, Ini Tindakan BERANI Rejim Zionis !!! | BISKUT MANIS – Melihat tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan berani mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel seperti ‘bermain dengan api’. Dan sejurus dari pengisyhtiharan itu, Rejim Zionis tanpa teragak-agak terus melakukan sesuatu yang menaikkan kemarahan ramai…

Para menteri luar yang menyertai mesyuarat tergempar Liga Arab di ibu negara Mesir, kelmarin mendesak AS menarik balik keputusannya untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang didakwa akan meningkatkan keganasan rantau terbabit.

Menteri Luar Arab Saudi Beri Pujian

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir turut memuji konsensus antarabangsa menolak keputusan kontroversi tersebut yang akan memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

“Kerajaan Riyadh menggesa pentadbiran Rumah Putih batalkan keputusan itu dan menyokong kehendak antarabangsa bagi membolehkan penduduk Palestin memperoleh hak sah mereka. Keputusan mereka akan beri kesan kepada proses damai dan kedudukan AS.

“Inisiatif Arab yang dibentangkan Riyadh dan diluluskan Sidang Kemuncak Beirut pada 2002 adalah pelan menyelesaikan semua krisis. Saya menggesa masyarakat antarabangsa menggandakan usaha bagi mencapai penyelesaian yang adil dan komprehensif kepada konflik tersebut,” jelasnya.

Rejim Zionis Musnahkan Terowong Rahsia

Sementara itu, rejim Zionis memaklumkan ia memusnahkan terowong rahsia menghubungkan Israel dengan Genting Gaza di tengah-tengah ketegangan susulan pengisytiharan kontroversi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke atas Baitulmaqdis.

Jurucakap tentera, Jonathan Conricus berkata, mereka mendapati laluan rahsia itu milik Hamas.

Ia operasi kedua sejak terowong terakhir gerakan Jihad Islam dimusnahkan pada 30 Oktober lalu, lapor Agensi.

Sumber : Sinar Harian

The post Isu Baitulmaqdis. Susulan Pengisyhtiharan Trump, Ini Tindakan BERANI Rejim Zionis !!! appeared first on BISKUTMANIS.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.