Loading...
SIL

Cedera Teruk Ketika Penggambaran. Ini Tindakan TEGAS Farid Kamil Terhadap Produksi

Cedera Teruk Ketika Penggambaran. Ini Tindakan TEGAS Farid Kamil Terhadap Produksi | Akibat kecederaan itu, dia tak boleh tidur nyenyak, susah berjalan dan pakai seluar. Ini tindakan tegas yang akan diambil oleh Farid Kamil. Baca selanjutnya…

CEDERA KETIKA “SHOOTING” DRAMA

PELAKON Farid meluahkan rasa kesal dengan kecuaian produksi selepas mengalami kecederaan serius ketika menjalani penggambaran sebuah drama bersiri, minggu lalu.

Katanya, kecederaan itu diperoleh selepas menjayakan babak hujan kerana dipercayai sumber air yang digunakan dikhuatiri kotor dan mengandungi toksin.

“Kaki saya sakit, lebam-lebam dan gatal-gatal selepas sehari menjayakan babak itu.

“Ia semakin serius apabila saya tak boleh tidur sebab menahan sakit selain sukar nak berjalan dan pakai seluar,” katanya.

Lebih memburukkan, kecederaan serius itu turut dialami teman segandingannya, Nelydia Senrose.

“Alhamdulillah, saya hanya terkena di kaki. Saya dimaklumkan dia juga mengalami lebam-lebam dan gatal-gatal hampir di seluruh badan,” katanya.

DAPAT CUTI MC 10 HARI

Susulan itu, bintang filem J Revolusi ini mendapat cuti sakit (MC) selama 10 hari selepas mendapatkan rawatan di hospital.

“Alhamdulillah, keadaan saya beransur pulih selepas mendapat rawatan. Saya juga dah boleh memakai seluar panjang,” katanya.

Biarpun terkilan, bintang filem I’m Not Single ini ambil keputusan untuk kembali ke lokasi penggambaran kerana terikat dengan kontrak.

BAKAL AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG

“Saya shooting di hutan lebih 20 hari, badan saya tak pernah kena jentik dengan nyamuk sekalipun.

“Saya kesal bila produksi ambil mudah mengenai aspek keselamatan dan kebajikan pelakon,” katanya,.

Malah, Farid berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit nanti.

“Isu ini membabitkan soal hidup dan mati golongan artis seperti kami.

“Jika saya tidak mengambil tindakan tegas, kecuaian seperti ini boleh menimpa pelakon lain pula nanti,” tegasnya.

Sumber: Sinar Harian

The post Cedera Teruk Ketika Penggambaran. Ini Tindakan TEGAS Farid Kamil Terhadap Produksi appeared first on SAYALUVISLAM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.