Loading...
TR

Warga emas dicekik, muka ditekup dengan bantal dan ditumbuk pencuri


Viral di media sosial video seorang lelaki warga emas cedera di bahagian mata dan mengalami pendarahan yang banyak selepas ditumbuk pencuri yang memecah masuk ke rumahnya. 

Video dimuat naik oleh jirannya, Shakieyna, berkata, kejadian berlaku di rumah mangsa di Kampung Semariang Batu, Kuching, Sarawak sekitar jam 12 tengah malam tadi. 

"Kesian tengok dia (mangsa). Katanya muka dia ditutup dengan bantal, kemudian ditumbuk. Sekarang tengah tunggu polis datang. Doakan mangsa selamat," katanya yang difahamkan mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. 

Difahamkan, pencuri terbabit memecah masuk rumah melalui tingkap dan dipercayai mangsa sedang tidur sebelum menyedari kehadiran lelaki itu yang kemudian menyerangnya sebelum melarikan diri. Pencuri berkenaan juga tertinggal topi dan pisau di tempat kejadian. 


Shakieyna dan keluarganya hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar mangsa menjerit meminta tolong. 

"Dia menjerit-jerit meminta tolong, dengan darah pula mengalir dari luka di kepalanya. Pencuri itu cekik, tumbuk dan tutup muka dia dengan bantal yang saya percaya dia cuba membuatkan dia tak sedarkan diri. Mujur mangsa kuat. 



Sejurus selepas kejadian itu, penduduk kampung juga terus membuat rondaan di sekitar tempat kejadian bagi mengesan suspek, namun tidak dinyatakan perkembangan lanjut mengenainya. Berdasarkan topi tersebut, Shakieyna berkata orang kampungnya percaya topi itu milik salah seorang penduduk di kampung mereka.

Syakieyna berkata, mangsa seringkali mengadu rumahnya dipecah masuk dan beberapa hari yang lalu ketuhar milknya telah hilang. Ketika kejadian itu kira-kira jam 2-3 pagi, mangsa cuba menjerit meminta tolong, malangnya tiada sesiapa yang mendengar jeritan mangsa. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.