Loading...
sk

Viral Berang Tegur Potong Barisan, Lelaki Tumbuk Pelanggan Lain Terima Hukuman !!!

Viral Berang Tegur Potong Barisan, Lelaki Tumbuk Pelanggan Lain Terima Hukuman !!! | SIAKAP KELL – Susulan kejadian seorang lelaki ditumbuk oleh pelanggan yang berkeras mahu memotong barisan bagi mendapatkan kasut edisi khas keluaran jenama Adidas di sebuah pusat beli belah di ibu kota, polis telah berjaya menahan suspek di rumahnya di Batu Caves, malam semalam, lapor Utusan Malaysia.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, suspek dikesan melalui telefon bimbit seorang rakannya dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 12 malam tadi untuk diambil keterangan.

“Suspek akan dituduh esok dan dalam rakaman percakapan yang dilakukan, suspek mengaku telah menumbuk mangsa di bahagian hidung kerana berebut giliran untuk mendapatkan kasut yang ditawarkan syarikat kasut berjenama edisi khas tersebut.

Dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu, suspek menumbuk seorang lelaki berusia 22 tahun yang menegur tindakan suspek dan kumpulannya cuba memotong barisan ketika beratur untuk membeli kasut bernilai RM1,150 di Suria KLCC.

Berang ditegur, suspek terus bertindak menumbuk muka mangsa sehingga patah tulang hidung dan lebam mata kiri.

Lelaki yang memukul seorang pemuda gara-gara berebut giliran ketika membeli kasut berjenama edisi khas di pusat beli-belah Suria KLCC pada Sabtu lalu ditahan polis di rumahnya di Batu Caves, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sha­harudin Abdullah berkata, suspek dikesan melalui telefon bimbit seorang rakannya dan telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 12 tengah malam bagi diambil keterangan.

“Selain itu, suspek juga didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan bersabit laporan KLIA Sepang/10163/15,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shaharudin, pihak­nya turut melakukan ujian air kencing terhadap suspek dan hasil yang diperoleh negatif.

Ujarnya, satu kawad cam turut dilakukan pada pukul 2 petang ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/351 Kanun Keseksaan.

Kejadian pada pukul 6 pagi Sabtu lalu yang menjadi tular di media sosial itu bermula apabila mangsa, Faiz Hariz, 22, didapati menegur suspek yang memotong barisan ketika beratur untuk membeli kasut bernilai RM1,150 di Suria KLCC.

Akibat teguran tersebut, suspek yang datang berkumpulan, berang lalu bertindak menumbuk mangsa sehingga tulang hidung mangsa patah serta lebam mata kirinya.

Cerita Semasa Kejadian :

 “Sanggup tumbuk orang kerana kasut limited edition berharga RM1,150? Tak berbaloi,” demikian kata netizen mengenai video viral sekumpulan lelaki membelasah seorang pelanggan dalam kejadian Sabtu lalu.


Bagaimanapun, mangsa, Faiz Hariz Nurhuda, 22, berkata, kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, berpunca dari lelaki terbabit yang bertindak memotong barisan mereka.

“Saya sudah berada di pusat beli-belah itu semenjak jam 2 pagi lagi sebelum berlari ke tingkat tiga bangunan berkenaan pada jam 6 pagi sebaik saja pintu pusat beli-belah dibuka.

“Bagaimanapun, ketika saya beratur di hadapan butik itu, datang sekumpulan lelaki yang meminta kami beratur mengikut senarai nama yang disediakan,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, pelanggan yang beratur tidak mengendahkan kumpulan berkenaan, menyebabkan salah seorang daripada mereka mengamuk.

“Dia marah dan menjerit sebelum memotong barisan saya. Saya beritahu dia, ‘first come first serve’ sebelum kami bertengkar seperti yang dirakam dalam video viral itu.

Ni lah yg kita panggil bingai

Pasal kasut adidas limited pun sanggup bertumbuk bagai?? Ni lah yg kita panggil bingai.. Nanti jangan lupa bawak kasut tu tanam sebelah kubur tauu.. 😑( Mamat yg kena tumbuk tu beratur katanya dari pukul 2 pagi nak beli kasut Adidas limited.., tapi mamat yg pakai topi terbalik tu tiba2 potong barisan.. Then gaduh mulut.. Kesudahannya boleh tengok dalam video tu ye.. Sekian.)- Lokasi KLCC

Posted by OH La La on Sunday, November 12, 2017

“Lelaki itu tidak puas hati lalu menumbuk muka saya menyebabkan hidung saya patah dan mata saya lebam,” katanya.

Ekoran kejadian itu, Faiz membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sudah meneliti rakaman video viral di media sosial.

“Setakat ini polis giat mengesan suspek yang mencederakan mangsa akibat pergaduhan di butik di pusat beli-belah berkenaan.

“Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 323/351 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kredit : Utusan Malaysia Via The Reporter

The post Viral Berang Tegur Potong Barisan, Lelaki Tumbuk Pelanggan Lain Terima Hukuman !!! appeared first on SIAKAP KELL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.