Loading...
sk

Video Detik-Detik Terakhir Sebelum Terhempasnya Helikopter Putera Saudi !!!

Video Detik-Detik Terakhir Sebelum Terhempasnya Helikopter Putera Saudi !!! | SIAKAP KELL – RIYADH, 17 Safar 1439H, Isnin : Seorang Putera Arab Saudi adalah antara lapan orang yang terbunuh dalam nahas helikopter dekat sempadan selatan negara itu dengan Yaman, semalam.

Menurut saluran berita kerajaan, al-Ekhbariya, Timbalan Gabenor wilayah Asir, Putera Mansour Muqrin terbunuh bersama beberapa pegawai kerajaan lain dalam kemalangan itu.

Sementara itu, agensi berita Al-Arabiya melaporkan terdapat sebuah video menunjukkan Putera Mansour dan pegawai lain menaiki helikopter sebelum kemalangan yang membunuh kesemuanya.

Setiausaha Asir Sulayman al-Juraish dan Setiausaha rantau Asir dilihat mengiringi Putera Mansour.

Terdahulu, Putera Mansour dilaporkan memeriksa beberapa projek di al-Saida al-Sawalha, yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Asir. – Agensi

Video Rakaman Sebelum Nahas :

 

Kredit : IsmaWeb

The post Video Detik-Detik Terakhir Sebelum Terhempasnya Helikopter Putera Saudi !!! appeared first on SIAKAP KELL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.