Loading...
sk

Tak Tahan! Isteri Ajak Ibu Belasah Suami Hingga Lunyai !!! 

Tak Tahan! Isteri Ajak Ibu Belasah Suami Hingga Lunyai !!!  | SIAKAP KELL – Tidak dapat dibayangkan penderitaan seorang lelaki lurus,dimana dia dibelasah cukup-cukup dengan isteri dan juga ibu martuanya kerana kerjanya yang berpendapatan rendah.

Dipetik dari sumber Merdeka.com, lelaki berkenaan dikenali sebagai Hafid berasal Kampung Rempal Jawa Barat mendakwa dipukul oleh isteri dengan menggunakan kayu serta dibaling dengan pinggan dan cawan.

Jelas kelihatan, dibadan lelaki berusia 35 tahun itu memiliki bekas luka diseluruh tubuh, ketika dibalai polis, Hafid menceritakan kejadian sambil mendukung anak lelakinya yang masih berusia 9 bulan.

Lebih memilukan, apabila Hafid mendakwa ibu martuanya juga turut menderanya secara fizikal, hanya gara-gara dia tidak memiliki pekerjaan tetap dan berpendapatan rendah.

Tidak tahan dengan penderaan itu, Hafid kemudian membuat laporan polis kerana turut bimbang dengan keselamatan anaknya.

Pihak polis yang melakukan siasatan menahan kedua suspek dan disabitkan dengan hukuman 5 tahun penjara. Menurut jiran, Hafid adalah seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

Mestipun dia tidak bersekolah, namun dia tetap keluar rumah untuk mencari kerja apa sahaja yang menghasilkan wang setiap hari.

Sementara isteri dan ibu martuanya hanya duduk dirumah, apabila Hafid balik ke rumah tanpa membawa wang, dia akan dipukul dan dimarahi oleh isterinya.

Bahkan menurut jiran, isteri Hafid akan mengungut untuk mencederakan anak mereka jika Hafid balik ke rumah tanpa membawa wang.

Dia meluahkan bahawa pernah juga Hafid tak balik ke rumah selama 3 hari tiga malam kerana takut dengan isteri dan ibu martuanya.

Seringkali kita mendengar kes bahawa suami mendera isteri, namun masa kini ada juga kes suami didera oleh isteri baik secara fizikal atau mental.

Kredit : EBerita

The post Tak Tahan! Isteri Ajak Ibu Belasah Suami Hingga Lunyai !!!  appeared first on SIAKAP KELL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.