Loading...
TR

'Siapa perempuan hantar mesej kat abang tu?' - Isteri baru tanya tapi dah kena hempas dan tampar berkali-kali


Berang dengan tindakan isteri yang berulang kali bertanya siapa yang menghantar mesej di aplikasi WeChat dan Facebook, lelaki tergamak mengangkat dan menghempas isterinya ke lantai sebelum menampar mukanya berkali-kali, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian jam 12 tengah malam semalam di rumah mereka di Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, mangsa berusia 39 tahun sebelum itu bertanya kepada suaminya siapakah wanita yang menghantar mesej tersebut.  

Bagaimanapun, pertanyaan itu membuatkan lelaki terbabit berang, lalu mengangkat dan menghempas mangsa ke lantai. 

"Selepas itu, lelaki terbabit memaki hamun sambil menampar muka isterinya beberapa kali sehingga mengakibatkan mangsa pening dan hampir pitam," kata sumber. 

Difahamkan, mangsa sebelum ini juga sering didera dan kejadian itu juga bukan yang pertama suaminya pernah 'kantoi' mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. 

Ekoran kejadian itu, mangsa trauma dan membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak untuk tindakan lanjut. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.