Loading...
sk

Misteri Di Sebalik “UFO” Di Dunia Kini Telah TERBONGKAR! Pengkaji Geleng² Tak Percaya Bila Tahu Kebenarannya !!!

Misteri Di Sebalik “UFO” Di Dunia Kini Telah TERBONGKAR! Pengkaji Geleng² Tak Percaya Bila Tahu Kebenarannya !!! | SIAKAP KELL – Dunia ini memang penuh dengan misteri, sampai sekarang masih saja ada keanehan bahkan para pengkaji belum mengetahui alasannya. Seperti UFO… Pembaca sekalin percaya tak kalau UFO itu benar-benar ada?

Para Pengkaji di Rusia menemui longgokan benda berbentuk seakan piring misteri yang mengandungi “Tungsten”.

Tidak lama dahulu, kita dikejutkan dengan penemuan sesuatu yang baru dari Rusia ketika para pengkaji dari Volgograd telah menemui benda berbentuk piring, diantaranya berdiameter lebih dari empat meter.

Menurut para pengkaji, batu “Alien” berbentuk piring ini mengandungi ‘Tungsten’, iaitu logam kepadatan tinggi yang digunakan dalam teknologi ketenteraan.

Tungsten, alias “Wolfram” bermanfaat luar biasa untuk pertahanan, terutama fakta logam ini memiliki titik lebur tertinggi dari semua elemen yang ada.

Kekerasan dan kepadatan tingginya bermanfaat pada aplikasi ketenteraan dalam hal kemampuan projektil penembus.

Kelompok ini bertanggungjawab kepada penemuan Kosmopoisk, menurut sebuah sumber di Rusia, Kosmopoisk adalah kelompok UFO dan pengkaji cryptozoology Rusia yang melakukan penggalian di Kabupaten Zhirnovsky, Volgograd.

Sementara para pengkaji hanya terpegun pada batu berbentuk piring ditemui dahulu, namun ini adalah pertama kalinya sebuah batu berbentuk piring dengan bentuk sempurna digali.

“Kami telah menemui piring ini lebih dari sedozen, diantaranya memiliki diameter sekitar satu meter, di Kuzbass kita juga menggali benda berbentuk piring dengan diameter hampir dua meter.

Tetapi baru kali ini piring “raksasa” berbentuk batu ini unik dan mengagumkan, kata Vadim Chernobrov, yang bertanggungjawab pada projek penggalian.

Piring empat meter, yang sangat mirip dengan kesan UFO zaman moden telah membuat pemburu UFO dan para Ufologi turut mengikuti kajian tersebut.

Scott Waring, editor ufosightingsdaily.com yakin bahawa penemuan batu berbentuk piring misteri ini adalah bukti utama ada kunjungan dari luar bumi di masa lalu, dan komposisinya unik, kerana diperbuat dari ‘Tungsten’, yang digunakan dalam teknologi militeri saat ini.

Bermacam spekulasi tentang penemuan benda misteri yang telah digali ini, piring yang berbentuk “UFO” yang baru ditemui telah diangkut ke muzium Zhirnovsky.

Di mana para ilmuwan masih mempelajari dengan meneliti kaitan umur dan komposisi yang tepat, serta material pembentukannya.

Namun ramai netizen tetap menganggap bahawa objek ini terhasil akibat dari kejadian alam dan bukan hasil karya “makhluk asing” yang mengunjungi Bumi di masa lalu.

Awal tahun ini, objek lain berbentuk piring ditemui lagi di Rusia oleh syarikat perusahaan dekat kota Belovo terletak di Kuznetsk Basin.

Piring misteri 1,2 meter ini terletak pada kedalaman 40 meter yang menunjukkan bahawa benda ini sangat tua.

Arkeologi melakukan beberapa ujian dan menyimpulkan bahawa Piring dengan lingkaran sempurna ini adalah benda yang dibuat oleh manusia pada masa lalu.

Adakah berkemungkinan bahawa benda-benda misteri yang “monumental” ini diciptakan oleh manusia purba ?

Representasi dari apa yang mereka lihat di masa lalu ? Atau mungkin anggapan skeptis yang menyatakan, bahawa benda-benda berbentuk piring ini adalah produk dari pembentukan secara semulajadi ?

Jika benda ini adalah hasil dari erosi alam. Bagaimana mungkin ia menjelaskan terdapat sejumlah besar kandungan tungsten didalamnya ?

Benda berbentuk piring ini tentu terus mendorong kepada perdebatan di kalangan pemburu UFO, Ufologi dan para skeptis.

Kita berharap untuk mendapatkan informasi lebih dalam tentang benda ini setelah para ahli menganalisisnya di muzium Zhirnovsky Rusia. Kita Menanti informasi benda yang luar biasa ini.

 

Sumber : epochtimes

The post Misteri Di Sebalik “UFO” Di Dunia Kini Telah TERBONGKAR! Pengkaji Geleng² Tak Percaya Bila Tahu Kebenarannya !!! appeared first on SIAKAP KELL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.