Loading...
TR

'Mereka ekori dan perhatikan kami'


"Shah Alam dah tak selamat gais. Kami diperhatikan dan ada dua orang lelaki ini mengekori kami," demikian tweet yang dikongsi seorang pengguna Twitter yang tersebar luas di media sosial. 

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam Sabtu lalu di pasar raya Giant, Seksyen 7 Shah Alam, Nurul Asyiqin keluar bersama dua rakannya, Nadia dan Izzatie, mendapati ada dua lelaki yang memerhati dan mengekori mereka. 

"Mula-mula kami duduk di tangga berdepan dengan barbershop. Kemudian kami perasan mereka memandang kami sebelum mereka masuk ke Giant. Kami nampak macam ada sesuatu yang tak kena dengan mereka, lalu kami pergi ke meja di restoran sebelah. 

"Beberapa minit kemudian, salah seorang dari mereka keluar mengikut pintu sebelah barbershop, manakala seorang lagi keluar mengikut pintu yang satu lagi. Mereka tengok kami dah tiada di situ. 

"Saya pegang telefon dan bersedia mahu merakam gambar, tetapi mereka pandang ke tempat lain. Serius saya sangat takut pada masa itu. Mereka perasan saya pandang mereka dengan tangan di telefon mahu merakam gambar mereka," katanya. 

Bagaimanapun, timbul persoalan netizen mengapa Nurul tidak menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu. Jelas Nurul, dia tidak berbuat demikian kerana belum berlaku apa-apa. Malah dia kurang pasti apakah polis akan mengambil tindakan jika dia buat laporan mengenai kejadian itu. 

"Ye, kes seperti ini tiada gangguan apa-apa, polis tak boleh buat apa-apa. Cuma kalau polis tengok mamat dalam gambar ini pelik sangat, diorang boleh saja melakukan siasatan. Manalah tahu kalau mamat dalam gambar ini adalah penjenayah yang dikehendaki," jelas rakannya, Czar. 


Nurul berkata, dia kini berasa tidak selamat bila keluar dari rumah biarpun keluar secara bertiga.

"Tak tahu nak berhati-hati macam mana lagi. Hati-hati kaum hawa, dan sentiasa perhatikan orang-orang yang berada di sekeliling kita," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.