Loading...
TR

'Mata mak jadi semakin bengkak, tak sangka jadi macam ni'


Sebelum ini viral di media sosial mengenai seorang individu mampu merawat masalah rabun mata sehingga mendapat perhatian ramai netizen yang mahu mencuba khidmatnya. Namun baru-baru ini, seorang gadis mendakwa ibunya yang mendapatkan rawatan dari individu berkenaan menerima kesan rawatan yang teruk. 

Dalam kenyataannya itu, Aniss Syakirin juga mendakwa mata ibunya bengkak dan mengeluarkan cecair berwarna merah serta berbau busuk. 

"Ya Allah, tak sangka jadi macam ni. Siapa tahu Pakteh hat berubat mata di Perak yang viral itu? Baik tak payah pergi. Mak saya pergi berubat mata, ingatkan akan elok tetapi menjadi semakin teruk.  Kasihan mak. 


"Sebelum pergi berubat mata hari itu, nampak juga kabur-kabur. Bila dah balik dari berubat, nampak terang sikit. Tetapi dua tiga hari kemudian mata menjadi bengkak, ingatkan ketumbit. Demam malam dekat seminggu. Pi ambil ayaq penawar, alhamdulillah demam dah pulih tetapi mata masih sakit dan merah menyala serta bengkak. 

"Tadi tidur, tup-tup mata keluar cecair berwarna merah seperti darah dan berbau hanyir. Allah, kasihan dengar mak dok habaq sakit, sakit. Tak tahu nak buat apa. Hmmm.. 

"Kalau hampa ada niat nak pergi berubat dengan orang itu, lebih baik tak payahlah. Bukan nak mengaibkan Pakteh tetapi ramai orang yang pernah berubat dengannya menerima nasib yang sama seperti mak. 

"Masa buat, nampak terang. Dah tu makin lama makin teruk. Disebabkan ramai yang suda h kena, itulah kami terfikir nak pesan pada orang ramai. Doakan mak kami cepat sembuh. Amin.."



Justeru orang ramai dinasihatkan tidak cuba mendapatkan sebarang rawatan kesihatan dari mana-mana pihak yang tidak bertauliah kerana bimbang perkara yang tidak diingini berlaku. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.