Video yang dimuat naik Norhasrizal Md Nor sejak 11 jam yang lalu telah dikongsi 1,016 pengguna Facebook yang mengecam drama berkenaan 'syok sendiri' dan tidak membuat kajian awal menggenai cara menangani pesakit yang diserang sawan.
Berdasarkan video, watak Haikal (Shah Iskandar) diserang sawan sehingga mulutnya berbuih-buih. Doktor Kamelia (Nadia Brian) kemudian datang memeriksa keadaan anak mata Haikal sebelum meletakkan sudu di mulutnya bagi mengelakkan Haikal tergigit lidah.
Bagaimanapun, tindakan Doktor Kamelia itu dikecam pengamal perubatan yang berkata, penggunaan sudu bagi menghalang pesakit tergigit lidah adalah mitos dan boleh mendatangkan risiko pesakit tercekik.
"Saya kerja dalam bidang neuro, khas untuk bahagian pesakit yang ada sawan. Tak pernah pula doktor suggest letak sudu. Sebaliknya kena mengiringkan badan pesakit. Itu langkah yang sepatutnya.
"Kalau letak benda dalam mulut, risau tertelan. Sebab apa? Sebab pesakit yang berada dalam keadaan sawan, tidak sedar dengan apa yang berlaku," kata Nur Syahirah.
Tambahnya, orang ramai sepatutnya tidak mengikut cakap-cakap orang tetapi ikut apa yang dinasihatkan oleh pakar.
"Satu lagi, kena supply oksigen secepat mungkin dan IV Valium untuk reliefkan sawan. Jika pesakit sawan di rumah, segera bawa ke hospital. Sawan tak boleh dibuat main, sangat berisiko," katanya.
- Hubungi 999 untuk meminta bantuan
- Mengiringkan badan pesakit ke sebelah kiri. Boleh Google 'recovery position'. Ini untuk memastikan segala secretion akan dapat mengalir keluar dan melindungi saluran nafas
- Observe cara sawan. Nanti petugas kesihatan akan tanya berapa minit sawan, macam mana cara sawan seperti mata ke atas, air liur meleleh
- Biasanya dia akan resolved sendiri. Sekiranya melebihi lima minit, barulah perlu diberi ubat oleh petugas kesihatan.
- Jangan letak apa-apa dalam mulut pesakit kerana dikhuatiri akan menyebabkan tercekik atau kecederaan pada mulut. Mereka akan mengetap gigi dengan sangat kuat sehingga boleh mencederakan.