“Kamu Malas Belajar, Nanti Jadi Mcm Dia Melayan Org Lain!” Pramugari Balas Dgn Perkataan Yg Buat Ibu Ini TERDIAM !!! | SIAKAP KELL – Dalam satu penerbangan, seorang ibu telah memberitahu anak perempuannya supaya belajar dengan bersungguh-sungguh jika tidak mahu menjadi seperti pramugari yang menghidang makanan dan minuman kepada orang lain.
Seorang netizen dari Taiwan telah menaiki penerbangan pada awal pagi apabila telah berdepan dengan situasi yang tidak menyenangkan apabila telah mendengar seorang ibu yang telah mengajar anaknya dengan perkara yang salah.
Kata ibu ini kepada anak perempuannya yang baru berumur 6 atau 7 tahun itu supaya belajar dengan tekun dan rajin. Jika tidak, hidup anak perempuannya akan berakhir menjadi pramugari yang menghidang makanan dan melayani orang lain.
Semasa dirinya sedang rancak menasihatkan anak perempuannya secara salah itu, seorang pramugari yang bertugas telah terdengar perbualan itu dan telah memberi maklum balas kepada perkataan ibu ini dengan jawapan secara lembut dan bersopan, sehingga membuat ibu ini menjadi terdiam.
Netizen ini telah menulis di dalam media sosial dengan menyatakan, beliau telah berada di dalam penerbangan perjalanan pulang ke negaranya apabila telah melihat satu ‘insiden luar biasa’ yang membabitkan seorang ibu dan pramugari.
Seorang ibu telah memberi nasihat kepada anak perempuannya dengan merujuk kepada pramugari dengan berkata, ” Jika kamu tidak belajar dengan tekun dan rajin, di masa hadapan kamu akan menjadi pramugari menghidang makanan dan minuman orang lain.”
Seorang pramugari yang telah terdengar perkataan dari mulut ibu ini tidak berasa marah, sebaliknya telah menjawab secara baik, lembut dan bersopan kepada kanak-kanak perempuan terbabit.
Pramugari berkata, “Betul itu, jika kamu tidak belajar dengan tekun dan rajin, kamu tidak akan mendapat kerja walaupun untuk menjadi pramugari.”
Netizen ini ingin berkongsi pandangan rendah masyarakat kepada kerjaya pramugari dan pramugara yang telah menjadi isu yang berlarutan sejak sekian lama.
Mengapa masyarakat menganggap kerja memberi servis kepada orang lain itu sebagai kerjaya dalam industri kelas bawahan?
Tidakkah ibu ini tahu, untuk menjadi seorang pramugari dan pramugara, hanya mereka yang benar-benar berkelayakan sahaja yang boleh terbang ke awan biru. Bukan satu perkara yang senang untuk melepasi tahap kelayakan menjadi seorang pramugari.
Masalah berpunca daripada ibu ini yang tidak menyedari yang dia sebenarnya telah memberi info yang salah kepada anak perempuannya tentang bagaimana dunia ini berfungsi.
Selepas membaca artikel netizen ini, ramai netizen lain yang telah memuji cara pramugari ini menyelesaikan isu tersebut secara profesional dan dengan penuh kebijaksanaan.
Perkataannya yang ringkas kepada anak perempuan dan ibu tersebut secara tepat telah ditujukan kepada ibunya dengan memberi maksud, jika anak ini tidak belajar dengan rajin dan tekun.
Dia mungkin akan menjadi seperti ibunya yang tidak dapat lulus peperiksaan dengan baik lalu tidak pun dapat melepasi pemilihan dan kelayakan untuk mengambil ujian menjadi pramugari.
Kredit : Era Baru
The post “Kamu Malas Belajar, Nanti Jadi Mcm Dia Melayan Org Lain!” Pramugari Balas Dgn Perkataan Yg Buat Ibu Ini TERDIAM !!! appeared first on SIAKAP KELL.