Loading...
TR

'Kalaulah aku pergi jumpa dia...'


Tahu kenapa Allah mengajar si lelaki ini dengan pengalaman? Sebab Allah tahu, peringatan sahaja tidak cukup buat dia. Semoga perkongsian kisah arwah tunang lelaki ini memberi pengajaran kepada semua. Hargailah orang yang kita sayang.

ASSALAMUALAIKUM guys. Okay, hari ini aku terbuka hati nak cerita tentang aku dengan arwah tunang aku yang aku namakannya sebagai Deela. Lets jugst call her Dee. 

Okay, aku dengan Dee ini sebenarnya satu sekolah dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Aku memang suka dia gile-gile masa sekolah rendah. Biasalah, baru darjah lima. So aku keep approach dia dan minta nombor bagai. Mesej, kawan lama-alam apa semua. 

Sampai tingkatan tiga, aku minta couple. Luckily dia terima, bapak terharunya aku masa tu. Hahaha! FYI, aku tak nafikan Dee memang lawa, putih, pandai dan baik. Kay bayangkanlah bestfriend dia tikam belakang dia pun, dia boleh buat baik. Selain itu dia pandai memasak. Memang wife material af. 

So couple punya couple, sampai habis sekolah. Punya banyak dugaan, especially aku. Aku curang, tak layan dia, lebihkan kawan-kawan gila. Tetapi dia sabar saja. 

Nak dijadikan cerita, result aku just nice and result dia gempak. Budak target biasalah. So dia dapat sambung belajar di Kuala Lumpur. Aku pula stay di Johor saja. Aku tak tahu apa masalah aku tetapi aku jadi menyampah dengan dia dan aku curang lagi sekali dengan member baik dia sendiri. Sebab member baik dia itu kerja di tempat sama dengan aku time tunggu result. 

Masa kerja, aku abaikan dia 100%, aku keluar pagi, jam 11 malam baru mesej dia good night sebab aku nak tidur. Padahal aku penat dating dengan member dia sendiri. Kerja tak penat mana pun. 

Sepanjang tunggu result, sampailah dia dah sambung study, perangai aku sama. Malah semakin menjadi-jadi. Satu hari itu, boleh kata enam saja chat dengan dia. Morning, dah makan, sihat ke, okey je, penat ni, night. Tiada love you ke apa. 

Dia pula even busy macam mana pun masih tanya makan minum aku dan how's my day. Selalu spam kata rindu, ajak video call, ajak OTP, sampai satu tahap dia call aku time aku tengah date. Aku tinggikan suara aku dan kata, 

"Weh! Sial! Boleh tak jangan kacau aku, aku tengah kerja la!" 

Dia dengan suara sebak, "Sorry sayang, saya tak kacau dah. Ingat awak tak busy". 

Korang nak kata aku jahat? Ye, cakaplah. Aku mengaku. Aku terkedu selepas dia cakap macam itu. Tetapi disebabkan ego aku, setan dalam diri aku ini, aku buat dia macam tu. 

Satu hari itu, aku scroll IG dan ternampak gambar dia bertiga dengan kawan lelaki dia dan lecturer. Kau tahu apa yang aku buat? Aku maki dia, panggil dia perempuan sundal. Padahal aku lebih teruk lagi dari dia. 

Ya Allah sumpah menyesal aku cakap. Dia menangis meminta maaf, berulang kali dia jelaskan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki lain. Aku terima maaf dia tetapi aku layan dia dengan dingin. Relationship aku dengan dia ibarat aku buat salah tak apa, dia buat salah memang teruk kena. 

Pernah sekali dia balik Johor, kami keluar bersama. Aku jumpa chat dia dengan lelaki lain di mana lelaki itu kata, "I miss you'. Padahal dia balas, 'saya dah ada pakwe'. Aku baling phone dia weh. Aku maki dia sepuas-puas hati. Aku ternaik tangan pada dia masa itu buat pertama kalinya. 

Dia jerkah aku, 'Ha pukul la kalau berani!" membuatkan aku terdiam. 

Keadaan itu berlarutan tetapi makin lama dia makin berubah. Satu malam itu, dia call aku sambil menangis-nangis. Dia luahkan semua kepada aku. Dia tanya apa kesalahan dia sampai aku buat dia begitu. Apa kekurangan dia? Kalau aku ada orang lain (dia dah tahu sebenarnya tetapi buat-buat tak tahu pada masa itu), dia terima jadi yang kedua. Dia minta maaf kalau dia menyusahkan hidup aku dan sebagainya. 

Sejam dia bercakap, aku senyap saja dan tersentap. Malam itu juga aku solat dan minta maaf pada Allah sebab buat perempuan begitu. Sumpah aku rasa bersalah. 

Esoknya aku minta maaf pada dia. Aku call dia jam 7 pagi, dia terkejut.Aku panggil dia sayang selepas hampir setahun. Pada hari yang sama, aku putus juga dengan kekasih-kekasih yang lain. Aku dah tekad aku nak dia saja. Perempuan mana yang sanggup setia dengan lelaki dayus seperti aku? Kalau aku jadi dia, dah lama aku pergi. 

Lebih kurang dua minggu kemudian, kebetulan dia ada cuti sem dan dia balik ke Johor. Setiap hari aku berusaha nak berjumpa dengan dia walaupun aku sibuk. Aku semakin sayangkan dia. Aku dah mula bahagia. Aku tak tahu mana silap dia dulu sampai aku buta. Dia pun pelik tapi dia biarkan saja katanya. 

7 Mei 2017, aku ajak dia kahwin. Berani aku kan? Aku ajak sebab aku dah ada cukup duit nak sara anak orang. Hahaha. Dia setuju, parents kitorang pun dah kenal lama jadi mudah lagi urusan. 

Alhamdulillah, 20 Mei 2017 kami bertunang. Allah mudahkan dan cepatkan. Aku bersyukur. Semuanya going well saja masa tu. Sebab aku dah berubah, kan. 

Sampai satu hari, aku keluar dengan dia. Dia tengok saja muka aku dan menangis. Dia kata, dulu hari-hari dia mendoakan aku berubah. Dia dah tak mampu sayangkan orang lain sebab dia sayangkan aku. Dia berharap aku jodoh dia. Dia sayangkan aku sangat-sangat. Aku diam saja masa tu dan cakap aku pun sayangkan dia. Aku minta maaf pula sebab pernah melukakan hati dia. 

Dalam seminggu itu, dia manja gila. Memang Ya Allah, macam jaga budak tetapi aku layankan saja. Dia nak coklat, aku bagi. Nak makan itu ini, aku bawa. Nak pergi sana sini, aku ikut. Rela habis duit dan bazir masa demi dia. 

11 Ogos 2017, aku ada kecemasan pada masa itu. Kawan aku kemalangan dan patah kaki. Dee call aku, cakap nak jumpa sebab dia rindukan aku sangat-sangat. Aku kata, 'sorry sayang, saya kat hospital. Kita jumpa esok, okay?'. Dia pun cakap, 'hospital mana? nak pergi'. Aku cakap sajalah sebab selalunya dia saja je gurau macam tu. 

Masa call itu jam 8.30. Jam 9, mak dia call aku. "Rif! Rif kat mana? Dee excident. Dee dah takde Rif!" 

Aku gelak weh! Aku tak percaya masa tu dan on the way balik ke rumah terus tak jadi dan patah balik ke hospital. Nampak keluarga dia semua ada. Aku pergi, peluk ayah dia. Aku menangis. Aku cakap, "Yah, tunang Rif dah tak ada'. ayah dia yang berair mata itu pun cakap, 'Anak ayah pun dah takde Rif'. Aku sebak, waktu itu semua rasa kosong, sedih, sebak, kecewa, menyesal, benci diri sendiri bagai. 

Rupanya dia memang serius nak jumpa aku. Dia keluar rumah begitu je tak cakap apa-apa pada ayah dia yang tengah tengok tv. Tetapi selepas makan malam, dia salam dan peluk parent dia. Dia keluar naik motosikal tapi tak pakai helmet sebab dia nak cepat. Kalaulah aku pergi jumpa dia.

Keesokkannya, aku iringi setiap langkah dia ke rumah baru. Aku tatap jenazah dia tapi tak mampu pergi dekat. Aku bukan suami, aku menyesal. Aku buat orang yang sayangkan aku macam tu. AKu benci pada diri aku. Tapi aku semakin kuat, redha, mungkin di jodoh aku di syurga sana. Aku puas hati, dia cakap dia maafkan semua silap aku sebelum pergi dan aku pun tak menyesal sangat sebab aku dah layan dia 100% baik daripada sebelum ini. 

Jadi nasihat aku untuk lelaki semua. Tolonglah hargai perempuan yang sayangkan kau gila-gila. Kau tahu tak, kadang kau sayang dia cuma kau ego. Berhenti mainkan perasaan perempuan. Kalau dia pergi dari hidup aku, sumpah aku cakap kau akan menyesal kalau kau layan macam apa semasa dia masih hidup. 

Guys, lelaki dicipta untuk melindungi perempuan, bukannya untuk gunakan perempuan. Buat yang ada teman wanita, tunang, isteri, aku mohon jagalah mereka baik-baik. Layan saja manja dan gedik mereka. Semua itu ada balasannya. Kadang-kadang dengan manja merekalah kau akan tenang. 

Semoga korang mendapat iktibar dari kisah hidup aku. Doakan aku terus kuat dan sedekahkan juga Al-Fatihah kepada arwah tunang aku. Dia baik orangnya. 

"Sayang, saya puji awak ikhlas ni"

Itulah saja cerita aku. Terima kasih kerana sudi membaca. 

Sumber: Bro Nike

About Cite Malaya

Powered by Blogger.