Loading...
TR

iPhone X tak berfungsi dalam cuaca sejuk


Apple Inc baru saja melancarkan iPhone Xm namun ada beberapa penggunanya mendakwa bahawa telefon pintar berharga RM5,149 itu tidak dapat berfungsi dalam suhu sejuk, lapor mStar Online

"Saya menyedari skrin iPhone X saya tiada tindak balas sebaik sahaja saya keluar dari rumah. 

"Saya cuba meleret pada laman web dan ia tidak dapat membaca sentuhan tersebut. Ia amat ketara. Ada sesiapa yang turut berdepan dengan masalah yang sama?" kata Darius 214 di laman Reddit. 

Beberapa pengguna yang lain turut memaklumkan mereka mengalami masalah yang sama. 


Sementara itu, Apple Inc dalam kenyataannya kepada media berkata, phaknya menyedari kelemahan iPhone X selepas menerima laporan dari beberapa penggunanya dan akan mengemaskini perisian yang akan datang sebagai langkah mengatasi masalah tersebut. 

"Kami menyedari keadaan di mana skrin iPhone X tiada tindak balas selepas terdedah kepada cuaca sejuk. Selepas beberapa saat di skrin ia akan menunjukkan tindak balas. ia akan dikemas kini dalam perisian akan datang," katanya. 

Menurut Apple, keadaan cuaca panas dan sejuk mungkin telah menyebabkan telefon itu berubah sifat dalam mengawal suhunya. 

"Menggunakan peranti iOS dalam keadaan suhu terlampau sejuk di luar mungkin memendekkan hayat bateri dan boleh menyebabkan telefon bimbit terpadam secara tiba-tiba," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.