Loading...
KV

Beri Iphone 8 Dan ‘Sound’ Jurufoto Ambil Gambar Pengantin, Respon BALAS Jurufoto Ini Memang WIN !!!

Beri Iphone 8 Dan ‘Sound’ Jurufoto Ambil Gambar Pengantin, Respon BALAS Jurufoto Ini Memang WIN !!! | KITA VIRAL – Sudah menjadi kebiasaan dalam sebuah majlis perkahwinan, pasti ada jurugambar yang diupah pengantin untuk merakam hari bersejarah mereka.

Bagaimanapun, menjadi tak seronoknya golongan jurugambar nak buat kerja bila ada segelintir tetamu yang sewenang-wenangnya meminta mereka merakam gambar bersama pengantin dengan menggunakan telefon bimbit.

Lebih teruk lagi (jenis mulut takde insurans) boleh pula suruh jurugambar berhati-hati dan pegang erat telefon bimbit mereka yang dibeli dengan harga beribu ringgit.

Seperti yang berlaku pada jurugambar, Abd Jalil Jalil, dia menganggap individu berkenaan tiada adab nak meminta pertolongannya.

ABANG rasa semua photographer merasai apa yang abang rasa. Apabila kita ambil gambar keluarga, kawan-kawan dalam satu-satu majlis perkahwinan dan lain-lain, kita akan menghadapi dilema yang mana penyakit ini tak boleh dibendung langsung.

Iaitu kamera handphone yang mana photographer menjadi sasaran untuk membuat kerja yang tiada dinyatakan dalam kontrak.

Hari ini kesabaran abang teruji apabila ada seorang individu yang menyuruh abang shoot gambar dia bersama pengantin. Dia kata, iPhone 8 dia ini mahal dan baru dibeli.

“Pegang baik-baik yer!”
Lalu spontan abang jawab, “Maaf dik, abang tak boleh lepaskan genggaman kamera ini. Yang abang pegang seerat-eratnya kamera ini satu set berharga RM31,500+.

“Abang tak boleh pegang sebelah tangan, takut jatuh nanti. Kau suruh budak yang itu ambil gambar kau.”

Lalu terkedu dia.

Kalau nak suruh orang shoot dengan handphone, berbudi bahasalah. Tak payah cerita kamera kau iPhone 8 mahal ini pegang baik-baik ye. Pui!

Kadang-kadang kita kena ajar juga orang seperti ini. Jadi harapan abang kepada semua photographer, sama-samalah kita menghadapinya dengan bijaksana.

Sekian cebisan rasa jurugambar lama.

Semoga menjadi peringatan kepada semua. Hormatilah kerja mereka sebagai jurugambar dan kamera mereka jauh lebih mahal dari telefon bimbit anda. Itu hakikat, jangan dipertikaikan.

SumberAbd Jalil Jalil via The Reporter

The post Beri Iphone 8 Dan ‘Sound’ Jurufoto Ambil Gambar Pengantin, Respon BALAS Jurufoto Ini Memang WIN !!! appeared first on KITA VIRAL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.