ANEH Monyet Ini Peluk Sesuatu Tak Lepas-Lepas, Apa Jadi Lepas Tu Pasti Buat Ramai TERHARU !!! | KITA VIRAL – Pada awalnya wanita ini hanya masuk ke hutan bertujuan untuk mengambil beberapa keping gambar yang berkaitan dengan hidupan liar.
Tetapi siapa sangka dia akhirnya ditemukan dengn satu pemandangan yang sangat luar biasa dan menyentuh hati.
Pada suatu hari pada bulan Oktober 2008, seorang jurugambar amatur, Anne Young telah ke Sacred Monkey Forest Sanctuary di rantau Ubud, Bali, Indonesia, untuk menangkap beberapa gambar monyet liar.
Ketika itulah dia terlihat akan sesuatu yang agak aneh pada seekor monyet. Monyet itu kelihatan sedang memeluk seekor anak kucing berwarna oren di dalam dakapannya.
Young mula tertanya-tanya apa yang sedang berlaku dan apa yang dilakukan oleh monyet itu kepada anak kucing tersebut.
Rupa-rupanya, monyet liar itu telah menjaga anak kucing yang terbiar di dalam hutan itu!
Nampaknya ia menjaga si comel itu dengan penuh kasih sayang dan sedaya upaya untuk menggembirakannya. Dia juga membersihkan anak kucing itu seolah-olah itu adalah anaknya sendiri.
Tidak hanya itu, dia juga memastikan bahawa ‘anak angkatnya’ tidak terlepas jauh daripadanya. Dia seperti benar-benar khuatir dengan keselamatan si comel!
Anne menangkap gambar-gambar yang menakjubkan dari pasangan yang tidak mungkin itu selepas mendapati itu adalah pemandangan luar biasa.
Menurut Anne, monyet itu tidak suka tingkah lakunya dirakam bersama anak kucing itu. Namun begitu, Anne masih berhasil mendapatkan beberapa imej mereka bersama.
Monyet itu seperti sangat berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang mendekati mereka jadi ia cuba untuk melindungi anak kucing itu daripada lensa kamera.
Monyet liar itu bahkan menutup anak kucing dengan daun apabila ia melihat Anne cuba mendekati mereka.
Dalam gambar lain yang ditangkap oleh Anne, monyet itu dilihat menghabiskan masa dengan beberapa ekor monyet lain di dalam hutan.
Nampaknya monyet lain juga tidak keberatan menerima kehadirannya serta anak kucing itu sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.
Tiada siapa yang tahu mengapa monyet itu menjaga anak kucing itu atau bagaimana anak kucing itu boleh ditinggalkan di dalam hutan tersebut oleh ibunya.
Tetapi walau apa pun yang terjadi, hubungan antara mereka adalah sesuatu yang luar biasa dan sangat manis!
Tonton video di bawah untuk melihat bagaimana monyet ini benar-benar melindungi ‘anak angkatnya’ itu.
Kredit : Era Baru
The post ANEH Monyet Ini Peluk Sesuatu Tak Lepas-Lepas, Apa Jadi Lepas Tu Pasti Buat Ramai TERHARU !!! appeared first on KITA VIRAL.