Loading...
KV

Aku Selalu Marah Anak, Bila Baca “Kalimat Yg Satu Ini”, Hatiku SENTAP Bagai Ditusuk Jarum !!!

Aku Selalu Marah Anak, Bila Baca “Kalimat Yg Satu Ini”, Hatiku SENTAP Bagai Ditusuk Jarum !!! | KITA VIRAL – Tanggungjawab menjadi ibu bapa itu tidak mudah seperti disangka. Kadang-kadang kita merasa penat melayan tingkah laku anak-anak, membuatkan emosi kita semakin meluap. Mulalah ucapan kita jadi kasar dan memarahi anak.

Tetapi, adakah ibu bapa sekalian sedar? Ketika kita memarahi anak, bukan cuma kita yang sakit, tetapi juga anak kita?

Di Jerman, diterbit sebuah buku kanak-kanak berjudul “Shrill Mother” yang menceritakan kisah seekor ibu penguin yang sering memarahi dan membentak-bentak anaknya. Buku ini mendapat penghargaan tertinggi sastra di Jerman dan telah dijual dan dibaca lebih dari seratus juta kali.

Begini ceritanya:

Pagi ini, ibuku tiba-tiba hilang sabar. Dia berteriak memarahi aku!

Akibat dimarahi olehnya, Aku terkejut ketakutan sampai seluruh tubuhku berkecai berterbangan…

Otakku melayang ke alam semesta.

Perutku pula terhumban ke lautan.

Sayapku jatuh ke hutan.

Mulutku terdampar di pergunungan.

Ekorku? Tertinggal di jalan seperti anak kehilangan…

Aku cuma tinggal hanya sepasang kaki, hanya mampu berlari dan berlari …

Aku ingin berteriak, tetapi tidak ada mulut. Aku ingin mencari, tetapi tidak ada mata. Aku ingin terbang tetapi tidak ada sayap.

Aku terus lari dan berlari, tidak tahu harus ke mana

Saat ini, sebuah bayangan besar menutupiku.

Ternyata itu adalah ibu! Ia datang mencariku!

Dia telah mengumpulkan semua bahagian-bahagian tubuhku yang hilang dan membantuku menjahitnya kembali.

“Maafkan ibu..”, kata ibu kepadaku. Setelah itu, kita berlayar pulang ke rumah.

Cerita ini membuatku tersedar akan sesuatu yang sangat penting.

Aku ingat beberapa hari yang lalu, anakku berkata kepadaku, “Bu, nanti kalau saya punya adik, saya akan berbicara baik-baik serta lembut dengan mereka, tidak akan seperti ibu, marah-marah terjerit-jerit!”

Kadang-kadang, gara-gara aku marahinya, anakku menangis dan berkata, “Ibu boleh lembut sikit tak?”

Sebenarnya, aku sudah lama berusaha untuk mengawal dan mengubah diri ini, tetapi aku sendiri dahulu membesar dari keluarga yang selalu bentak-bentak, tidak pernah bertutur baik-baik.

Nenekku suka marah-marah, ayahku juga suka marah-marah, jadi secara tidak langsung, sifatku juga sama seperti mereka.

Kemudian aku sedar betapa besar pengaruh keluarga terhadap anak. Kalau orang tua selalu melepaskan emosi pada anak, menggunakan nada bicara yang kasar dan memarahi anak, anak-anak akan menyangka seperti inilah cara yang “normal” dalam berkomunikasi.

Tetapi aku juga sedar, seringkali aku menggunakan nada suara yang kasar, aku tahu itu akan menyinggung perasaan orang lain dan sering disalah faham oleh orang lain. Walaupun tujuan serta maksudku adalah baik, tetapi apa yang orang lain “sangka” bukanlah seperti itu.

Hinggalah suatu hari, nada bicara anakku jadi sama sepertiku, aku sedar bahawa aku harus berubah. Aku berpesan pada anakku, “Kalau ibu bentak kamu lagi, tegur ibu supaya lembut sikit ya.”

Walaupun proses perubahan ini menyakitkan, tetapi perlahan-lahan aku merasakan suasana dirumah jauh lebih baik, suasana hati suami dan anak-anak juga jauh lebih baik.

Cuma dengan mengawal emosi kita, kita boleh memberitahu anak: berbicara dengan nada suara keras tidak dapat menyelesaikan masalah, marah-marah juga tidak dapat menyelesaikan masalah.

Sebaliknya, kalau kita sabar dan berbicara dengan baik-baik sahaja, sebenarnya kita boleh menyelesaikan masalah dengan baik dan tidak menyakiti hati orang lain.

Mudah-mudahan setiap ibu bapa tahu seberapa besar kesan yang kita berikan terhadap anak-anak kita saat kita marah.

Seperti penguin kecil dalam buku lukisan itu, merasa takut dengan tengking si ibu, seluruh tubuhnya robek. Fizikal dan jiwanya hancur, hilangan arah, tidak ada tempat untuk bersandar.

Anak akan sangat ketakutan, tak berdaya, kebingungan, seakan dunia ini mahu hancur. Dalam jangka panjang, anak-anak akan meniru pola atau cara bicara kita ketika bergaul dengan orang lain.

Begitu juga ketika mereka dewasa nanti bergaul dengan kekasih dan anak-anak mereka, juga dengan cara seperti ini, kerana itu satu-satunya cara yang dia tahu serta ikut sejak kecil.

Tentu saja, tidak ada orang yang sempurna. Kadang-kadang kita juga mempunyai khilaf, kepenatan, dan tidak sedar berbicara dengan nada marah-marah.

Tetapi ingat, setelah itu, mintalah maaf pada anak kerana ayah dan ibu sudah berbicara agak keras, kasar padamu, bukan kerana ibu ayah tidak sayang padamu, tetapi kerana ada sebabnya A atau B dan cuba untuk berbicara dengan baik-baik bersama mereka.

Terakhir sekali, yang penting, belajarlah mengawal emosi. Jangan biarkan emosi menjadi sesuatu yang “normal” dalam berinteraksi dengan anak.

Ketika kecil anak dibentak, nanti sudah besar, jangan salahkan anak apabila mereka melukakanmu dengan cara yang sama! Semoga ini menjadi sebuah pelajaran yang berharga bagi semua ibu bapa!

Sumber : how

The post Aku Selalu Marah Anak, Bila Baca “Kalimat Yg Satu Ini”, Hatiku SENTAP Bagai Ditusuk Jarum !!! appeared first on KITA VIRAL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.