Loading...
TR

Penunggang motosikal patah kaki gara-gara pemandu Persona buat U-Turn secara tiba-tiba


JASIN, MELAKA - Gambar ngeri seorang penunggang motosikal yang terbaring di tengah jalan dengan kakinya patah dan terlipat selepas terlanggar sebuah kereta yang membuat Pusingan U secara tiba-tiba, tersebar di media sosial. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku ekoran dari tindakan pemandu Proton Persona yang membuat Pusingan U secara tiba-tiba di jalan garisan berkembar menyebabkan penunggang motosikal berkenaan tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang kanan kenderaan itu. 

Akibat dari kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, selain kaki kirinya patah dan terlipat ke atas. 



Berdasarkan gambar yang tersebar di media sosial itu, pemandu wanita terbabit juga terkejut dengan kejadian yang berlaku dan masih berada di dalam keretanya. 

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan pemandu terbabit yang memandu tidak mematuhi peraturan sehingga mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya yang lain. 

"Lu punya pasal, tak pasal-pasal penunggang motosikal ini patah kaki. Saya harap PDRM sabitkan pemandu ini dengan hukuman seberat-beratnya. Tak payah bagi belas kasihan pada dia.

"Kepada mangsa, saya harap awak cepat sembuh dan dapat habiskan praktikal di MITC dan berjaya dalam study awak serta masa depan yang berjaya," kata A'erzrul Mae. 



"Saya juga pernah mengalami. Bukan nak kata pemandu lelaki ini sempurna tetapi kebanyakan pemandu perempuan begini, tak peka dengan keadaan sekeliling. Bila ditegur, berlagak. Siap cakap saya bodoh lagi. Saya tahulah saya menunggang motosikal saja," kata Emma Puad.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.