Dikira Romantik Si Suami Lipat “Duit Kertas Bentuk Hati” Untuk Isteri Tiap Hari, 6 Tahun Kemudian, Adegan Tak Diduga Ini Terjadi !!! | SIAKAP KELL – Seorang lelaki dari China ini melipat dua wang kertas menjadi bentuk hati untuk isterinya setiap hari.
Setiap hari akan menyimpan sekurangnya RM7. Si isteri akan memasukkannya ke dalam peti setiap kali si suami memberikan lipatan hati kepadanya.
6 tahun kemudian, pada hari yang sama, pasangan tersebut menabung lebih dari 24,000 RMB(sekitar RM15 ribu). Keduanya memutuskan untuk membeli kereta dengan lipatan wang dan tabungan mereka.
Pada tanggal 27, si suami bersama isteri membawa peti yang berisikan lipatan hati ke showroom kereta. Kisah pasangan ini menyentuh hati orang ramai yang berada disana.
Akhirnya mereka menggunakan lipatan hati yang jumlahnya lebih dari 24,000 RMB dan ditambah kad kredit, membeli kereta berharga 90,000 RMB (sekitar RM57 Ribu).
“Awalnya aku ingin melakukan hal ini selama 20 tahun, namun semakin banyak wang, semakin susah wang tersebut berkulat, bahkan ada yang sudah berkulat.
Aku tidak ingin mensia-siakan wang ini. Di rumah kami juga memerlukan sebuah kenderaan, jadi kami pun membeli kereta.” ucap si suami.
Ada yang mengatakan si suami sangat romantis, tetapi sebenarnya tidak, dia sangat pintar kerana dapat memikirkan hal ini sekaligus membuat si isteri senang.
Korang juga boleh cuba cara ini jika nak menabung, mana tau dalam beberapa tahun penyimpanan begini tercapat hasrat untuk membeli sesuatu yang diingini.
Sumber : Teep
The post Dikira Romantik Si Suami Lipat “Duit Kertas Bentuk Hati” Untuk Isteri Tiap Hari, 6 Tahun Kemudian, Adegan Tak Diduga Ini Terjadi !!! appeared first on SIAKAP KELL.