Hari pertama, semuanya okay sahaja dan bila masuk hari kedua, malam itu saya dengan seorang lagi kawan yang dipanggil sebagai Puyu, kami kacaulah seekor kucing ini. Kemudian kucing itu lari ke tepi balkoni yang betul-betul sipi nak jatuh ke bawah.
Masa itu kami duk perhatikan saja kucing itu yang juga memandang kami dengan cara memamng sumpah seram gila! Macam nak marah tahu tak? Dahlah kucing itu kucing berwarna hitam.
Masa itu juga, tergerak hati tanya Puyu. "Asal kucing ini pandang kita lain eh? Tak macam kucing lain.". Tapi Puyu hanya mendiamkan diri sahaja. Dan bermula dari malam itu juga, dia kacau kami semua.
Mangsa pertama adalah Puyu. Ceritanya, Puyu pergi ke tandas pada jam 3 pagi, terdengar ada suara orang menangis. Mula-mula tangisan biasa sahaja dan Puyu buat tak tahu. Hampir selesai urusan di tandas, semakin kuat pula suara tangisan itu. Puyu masih tenang dan relaks.
Selepas Puyu dah masuk bilik, kawan seorang lagi bernama Bibi kata dia nampak Puyu lain macam saja pandang keliling bilik itu. Dia punya takut sampai terkencing di situ juga dan keesokkan harinya kami semua dah mula risau.
Malam seterusnya, budak berbasikal Johor pula terkena. Benda itu main tarik-tarik selimut semasa waktu tidur. Dia buka saja mata, nampak benda hitam. Kami syak dia nampak benda yang sama dinampak oleh Puyu. Histeria jugalah dia, namun mujur ada seorang jurulatih ini yang pandai selesaikan masalah itu.
Keesokkan harinya pula, giliran budak achery pula yang diganggu. Mereka duduk di tingkat lima, jauh sikit dari kami. Kami tak tahu sangat tentang mereka tetapi malam yang sama, senior saya yang duduk di bilik dan tingkat lain juga diganggu.
Katanya, dia terdengar ada suara yang memanggil namanya berulang kali. Kemudian hilang begitu sahaja. Tiba-tiba terdengar bunyi kucing mengiaw di depan pintu bilik seperti menyuruhnya membuka pintu.
Maka tinggallah kami bertiga sahaja yang selamat dengan ada seorang senior. Tetapi masa itu kami nak tolong angkat barang dia. Masa nak balik itu, saya dengan seorang lagi rakan lalu di depan mesin basuh. Tiba-tiba dia tarik tangan saya dan ajak lari ke bawah. Dah sampai ke bawah, dia tanya,
"Perasan tak ada benda hitam kejar kita?"
Masa itu, tak payah cakaplah cuak dia macam mana sebab saya memang tak nampak langsung. Saya cuma sempat tengok ada kucing hitam yang hari itu saja di mesin basuh.
Selepas itu semakin lama semakin ramai pula yang pindah dan tidak mahu tinggal di situ. Mereka lebih sanggup tinggal di hotel dan ada yang menumpang di rumah kawan-kawan.
Hari terakhir di situ, kami bertanya pada makcik tukang bersih kalau-kalau ada kejadian yang pelik pernah berlaku di situ. Dia pula meminta kami bertanya pada makcik seorang lagi yang sudah lama bekerja di situ.
Bila kami bertanya, makcik itu pun cerita yang dulu pernah ada kes orang bunuh diri di sebelah blok kami. Dialah yang mengemas bilik itu selepas berlakunya kejadian tersebut. Dan bilik itu di tingkat 4, blok B2 rasanya. Sebab tak ingat dah berapa tahun dah.
Sekarang memang tak ada apa, kosong. Kipas, lampu semua tak ada dan dia suruh kami tengok di laman YouTube, cerita pendek tentang IPT itu. Tetapi sorry sangat, saya lupalah.
Sumber: @n_aliashobri