Loading...
TR

Report polis kononnya tunang lari dan curi barang hantaran, padahal dia lelaki kasanova


PETALING JAYA, KUALA LUMPUR - Viral di media sosial semalam, seorang lelaki mendakwa rakannya menjadi mangsa penipuan apabila bakal isterinya itu telah lari pada hari kejadian. 

Individu bernama Tun Don (@senseiiix) di Twitter mendedahkan kawannya telah dianiaya dan telah membuat laporan polis mengenai tindakan tunangnya mengambil barang-barang hantaran di rumahnya tanpa kebenaran. 

"Kawan aku tak jadi bernikah hari ini. Tunang dia lari dan tutup telefon. Nikah, reception kenduri kahwin yang telah dirancang diadakan di hotel terpaksa dibatalkan.

"Batal perkahwinan, satu hal. Dah batal, datang rembat barang-barang hantaran, satu hal. Tunang dia ambil semua barang hantaran yang telah dibeli ketika tiada seorang pun di rumah dan juga tanpa kebenaran. 

"Call tak angkat, semua nombor disekat. Sikit pun tak nak berbincang. Polis yang ambil laporan mangsa pun syahdu dengar masa taip laporan polis. Kasihan pada mak dia yang sudah tua. Jangan lemah semangat, sudah," katanya. 

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, lelaki itu mendakwa barang-barang hantaran seperti berikut telah diambil oleh gadis berkenaan:
  • Sebuah televisyen jenama Samsung 54'
  • Sound bar jenama Samsung
  • Barang kemas Habib Jewel iaitu 2 bentuk cincin dan seutas gelang tangan emas
  • Beg tangan jenama LV
  • Minyak wangi berjenama Chanel
  • Seutas jam tangan wanita jenama Tag Heuer
  • Sebuah telefon bimbit iPhone jenama Apple
  • Sekotak TWG Tea @ Gardens










Bagaimanapun, tampil seorang individu bernama Shahfahzan menafikan dakwaan itu dan mendedahkan cerita sebenarnya yang berlaku. 

KONON JADI MANGSA, RUPANYA DIA 'PEMANGSA'

"Korang ingat tak semalam, @Senseiiix ada post tentang kawan dia, lelaki tak jadi kahwin? Jadi victim dan barang hantarannya dicuri? Dalam hal ini, Senseiiix tidak bersalah sebab dia hanya dengar sebelah pihak sahaja. Jadi, Senseiiix mestilah menyebelahi SAS. Pengantin lelaki yang buat laporan polis bernama, S.A.S. 

"Semasa kecoh mengenai perkara ini, aku tak tahu lagi siapa pengantin yang buat hal ini. Tahu-tahu thread itu viral. Hari yang sama juga, ada seorang rakan mesej aku di WhatsApp tanya kenal SAS tak? Aku memang kenal dia sebab dia ada tiga kes tipu perempuan yang aku kenali. 

"Kemudian pagi tadi, kawan-kawan kepada pengantin perempuan mesej aku di WhatsApp. Kira link jugalah, pusing-pusing, kawan punya kawan. Dia kata semalam kes yang viral di media sosial itu adalah kes SAS. Tetapi dia berpura-pura menjadi mangsa kononnya barang hantaran semua dicuri. 




"Tetapi barang-barang hantaran itu semua adalah milik perempuan itu. Perempuan itu yang beli semua barang hantaran itu menggunakan duitnya sendiri yang keseluruhannya bernilai lebih kurang RM22,000. Jadi, memang hak dialah kan nak ambil semula barang-barang itu. Tetapi dia tak ambil pun televisyen dan sound bar seperti yang didakwa SAS dalam laporan polis yang dibuat. 

"Jadi, kalau perempuan itu beli semua barang itu menggunakan duit dia sendiri 100%, kiranya SAS ini buat laporan palsu sebenarnya. 

BATAL PERKAHWINAN EMPAT HARI SEBELUM MAJLIS

"So, inilah SAS. Kerja apa pun tak tahu sebab dia kejap jadi juruterbang, kejap jadi jurutera, kejap jadi kontraktor. Apabila kes SAS ini keluar, orang memang akan cari aku atau kawan aku, Apeng. Tak tahu kenapa daripada kes tiga bekas dia sebelum ini pun sama. Search di Twitter agaknya. 

"SAS ini anak Dato' kalau tak silap. Bapa dia kontraktor, tetapi tak tahu mana silap dia sampai anak dia jadi begini. 

"Berbalik kepada kes tadi, pihak perempuan memang nak batalkan majlis perkahwinan, empat hari sebelum hari majlis. Sebab apa? Sebab SAS tak bekerja, duit pun tak ada. 

"Hantaran pun perempuan yang beli sampai RM22,000, kemudian dia nak tuduh orang curi. Sedangkan baju kahwin pun tak bayar, nak kahwin apa? Dewan pun tak settle, sedangkan beberapa hari lagi nak kahwin. Kalau korang berada di tempat si perempuan, apa yang korang rasa? Kena tipu, kan?

"Nah, tengok. empat hari lagi nak tiba pada hari majlis. Apa pun tak bayar lagi. Gila apa? Patut dah selesai berbulan-bulan kot?



"Baju kahwin kata Rizman tak siapkan. Padahal bayar pun tidak. Ingat nak kahwin pakai baju t-shirt agaknya. 

"Oh, yang tak jadi kahwin ini stewardess, okey?

PERNAH TERLANJUR DENGAN GADIS NEGARA JIRAN

"Aku kenal SAS ini dah lama, sejak 2008. Pernah jumpa sekali sewaktu parti merdeka. Antara tahun 2011 ke 2012, ada seorang perempuan Indonesia mention di Twitter. Nama dia Nadia, tanya aku kenal tak SAS ini. 

"Kemudian dia cerita tentang kawan dia bernama Sheila, mengandung anak SAS. Aku tanya macam mana boleh jadi begitu? Katanya SAS kenal Sheila ini di Facebook. 

"Waktu itu DP SAS dengan kereta GTR 34 Lokman Teh. Dia kata pada Sheila bahawa itu adalah kereta dia. Goreng punya goreng, Sheila ajak pergi ke Jakarta. 

"Sheila ini memang anak orang kaya di Jakarta. Anak kontraktor dan kalau tak silap, syarikat abang dia salah satu untuk Marina Bay Sand itu. Sheila sewa sebuah apartment, seminggu dia tinggal bersama SAS. Jadi bila SAS balik ke Malaysia, Sheila disahkan mengandung. 

"Tetapi SAS kata itu bukan disebabkan oleh dia. Alasannya kalau Sheila ini 'easy', mungkin itu anak orang lain. So, bila disebabkan sayang sangat pada SAS dan bayi, Sheila pergi belajar di London kalau tak silap, sampai bersalin di sana. Bila dia nak pulang ke Jakarta, wartawan dapat tahu berita anak somebody yang tak tahu lahir anak siapa. Tahu-tahu saja dah ada anak. Berita ini sampai masuk suratkhabar. 

"Jadi, Sheila beritahu yang bapa dia suruh dia kahwin dengan SAS agar anaknya ada bapa. Tetapi Sheila tidak mahu juga. Sheila ulang alik Kuala Lumpur - Jakarta sehari sebab nak mencari SAS. Janji nak berjumpa di Curve, tetapi tak datang-datang. Sheila ini memang akan mencari aku atau Apeng saja sebab nak cerita masalah dia. Sampai pengsan Sheila di KLIA, masuk Prince Court masa itu sebab tak cukup rehat. Hari-hari ulang alik. 

"Kes diorang agak besar dulu, sampai kedutaan pun cari dia. Kau rasa macam mana? Dia lari-lari lah. Kemudian bapa Sheila buat keputusan tak payah kahwin. Bapa dia kata, diorang bukan keluarga biasa-biasa, pun ada maruah juga. Kenapa nak merayu melutut sampai begitu sekali? 

"Dan selepas itu, aku tak ada berhubung dengan Sheila lagi. Dia pun hilang entah ke mana. SAS entah ke mana, Nadia entah ke mana. Tenang hidup seketika. 


MENGAKU JADI PILOT MALINDO AIR

"Kalau tengok tahun 2012, Senseiiix pun ada tweet kes SAS dicari oleh pihak kedutaan. Jadi masuk kes yang ketiga pula, tengah lepak-lepak tiba-tiba dapat Direct Messsage di Twitter yang tanya aku kenal SAS ke tak sebab dia search di Twitter, keluar tentang kes Sheila dulu. 

"Yang tanya ini adalah kawan MMU Cyber dulu. Aku cakaplah aku kenal, jadi dia pun bukalah cerita tentang kawan dia Fattra nak kahwin dengan SAS lagi sebulan. Kawan dia rasa SAS ini macam kaki goreng, rasa macam banyak menipu saja. Kata pilot, tapi timing macam bukan pilot. Takkan flight pergi Kajang saja?

"Kawan-kawan dia nak siasat sebab tak nak member menyesal nanti. Jadi aku ceritalah semula tentang kes Sheila. Rupanya SAS ada cerita pada Fattra. Cerita lama katanya, tapi dia dah berubah dan masa ini, SAS kata dia pilot Malindo. Habis semua budak Malindo aku tanya, semua tak kenal. 

"Aku suruh Myien siasat sebab dia pilot. SAS kata dia pilot yang bawa flight masa enjin terbakar dulu. Gila, kes besar kau mengaku kau bawa? Jadi di situ dia dah kantoi. Jadi kawan-kawan pun peliklah, kata pilot, tapi macam tak kerja. Alasan dia, rupanya tunggu Air Asia panggil. Tukar syarikat. Hahaha!


"Mula-mula Fattra macam tak kisah tentang kisah silamnya, tetapi kenapa SAS nak menipu? Jadi majlis SAS dan Fattra ini kira tak jadilah. Selamatlah seorang lagi. Maka gembiralah rakan mereka dapat diselamatkan. Jadi cerita pun lenyap, hujan pun turun. Aku pula semakin tua dan cerita makin tak ada. 

BERANG PLAN KAHWIN DIBATALKAN, LETAK GANJA DI RUMAH MANGSA DAN LAPOR POLIS

"So, kira masuk kes keempat pula, mangsa dia ialah Reena Sayra, stewardess juga. Kecoh kes Reena dan SAS sampai jadi kes polis. Jadi, kawan kepada kawan kes yang ketiga tadi adalah member Reena juga. Maka, sekali lagi perkara itu sampai pada aku. Hahaha. Kenapa aku? Sebab mestilah aku the chosen one. Bukan korang. 

"So Reena dah dapat tangkap macam SAS ini 'kencing' dia. Dah ajak kahwin eh. Awal-awal kenal memang Reena ikut saja apa yang dia cakap. So Reena bawalah SAS balik ke Langkawi berjumpa dengan mak dia. Tetapi di Langkawi, jadi benda lain. 

"Di Langkawi, Reena macam baru tersedar. Kemudian apa yang SAS kata ini semua mengarutlah, mungkin jampi tak menjadi ke apa, tak tahulah. So daripada plan nak kahwin, Reena minta putus membuatkan SAS jadi panas. Dia kata pada Reena bahawa dia akan susahkan dan tidak akan bagi Reena hidup senang. 

"Tahu apa dia buat? Dia letak ganja di rumah Reena, kemudian buat laporan polis, kata Reena tokan dadah. So Reena kena pergi ke balai. Nak dijadikan cerita, polis serbu rumah Reena. Masa itu, kawan aku yang sedang mengandung dengan seorang lagi lepak di rumah Reena. Tak pasal-pasal kawan aku yang mengandung itu kena masuk lokap disebabkan SAS yang buat onar. 


"Alhamdulillah mereka lepas. Kau tengok Reena kata apa, pasal ganja itu pun ada, duit kena kencing, kena mandrem. Paling best bila Reena dah lepas, Reena tumbuk SAS. SAS play victim, report polis kena pukul apa entah.


ADA RAMAI LAGI INDIVIDU JADI MANGSA LELAKI INI

"Jadi korang nampak kan game dia bagaimana? Dia buat hal, dia report polis. Sama dengan kes tunang ambil balik hantaran. Dia buat report macam dia yang betul. 

"Sebenarnya aku boleh je tak ambil port tentang SAS ini sebab aku tak ada apa-apa kepentingan pun. Tetapi disebabkan yang kena mostly kawan-kawan, berkait pula dengan hal kahwin. 

"So selepas berbincang dengan beberapa orang kawan-kawan yang pernah terkena, aku ambil keputusan untuk post di Facebook tentang SAS ini. Rupa-rupanya ada banyak lagi mangsa lelaki ini. 

"Jadi keluarlah cerita tentang hutang RM85,000  yang dipinjam dari member aku. Katanya untuk projek baiki karpet semua. Padahal kena kencing. Kau tengok alasan dia bila tanya pasal duit, teruk sangat ke Kedah ni sampai line tak ada? Dia block orang, acah-acah line tak ada.





"Back to Senseiiix, korang jangan tuduh dia bukan-bukan. Actually dia buat thread itu sebab nak tahu cerita sebenar. SAS cerita pada dia. Bila SAS cerita, dia tak tahu nak confirm dengan siapa. Nak contact pengantin perempuan tak tahu, so dia post di Twitter. 

"Sebab itu thread dia tak ada nama dan gambar, sebab dia nak confirmation dulu. Tahu-tahu aku yang menyahut dekat thread dia. So barulah tahu cerita mana betul," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.