Loading...
sk

Pusat Tahfiz Terbakar Mengakibatkan Lebih 20 Org Murid & Guru Telah… Innalillah !!!

Pusat Tahfiz Terbakar Mengakibatkan Lebih 20 Org Murid & Guru Telah… Innalillah !!!| Siakap kell – Kejadian yang sangat mengejutkan apabila salah sebuah Pusat Tahfiz di Kuala Lumpur, Pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah terbakar & mengorbankan lebih 20 orang pelajar & termasuk guru.

KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH
KUALA LUMPUR: Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan. Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian.

Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan.

VIDEO KEBAKARAN

Sumber: BH Online

The post Pusat Tahfiz Terbakar Mengakibatkan Lebih 20 Org Murid & Guru Telah… Innalillah !!! appeared first on SIAKAP KELL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.