Loading...
sk

Sultan Mizan Di Sahkan Menarik Diri Saat Akhir Beraksi DI Sukan SEA 2017. Ini Kerana..MENGEJUTKAN!!!

Sultan Mizan Di Sahkan Menarik Diri Saat Akhir Beraksi DI Sukan SEA 2017. Ini Di Kerana..MENGEJUTKAN!!!| KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menarik diri pada saat akhir daripada beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Low Beng Choo berkata, Sultan Mizan yang beraksi acara kuda lasak, membuat keputusan itu kerana kuda yang bakal ditunggangnya itu tidak berada dalam keadaan baik. “Kami dimaklumkan Sultan Mizan berasakan adalah lebih baik untuknya menarik diri demi kebaikan pasukan. Beliau sangat teruja untuk bersaing dengan menjalani latihan setiap hari bermula seawal jam lima dan enam pagi.

“Tapi beliau perlu membuat keputusan terbaik demi pasukan,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan senarai akhir atlet dan pegawai negara pada KL2017 di sini, sebentar tadi. Dalam pada itu, Presiden MOM Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata, keputusan yang dilakukan Sultan Mizan itu pastinya adalah satu keputusan yang agak berat untuk dilakukan.

“Ini adalah sebahagian daripada cabaran dalam sukan. Saya percaya ia adalah keputusan yang sukar untuknya kerana sudah lebih setahun beliau menjalani latihan,” katanya. Sebelum ini Sultan Mizan serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijangka menjadi tumpuan apabila masing-masing mengesahkan penyertaan pada KL2017.

Khairy yang akan beraksi menerusi acara polo bakal mencipta sejarah selaku menteri kabinet pertama di negara ini mengambil bahagian dalam Sukan SEA malah penyertaan dua individu berprofil tinggi itu juga mampu menjadi daya tarikan KL2017.

Sumber: BH Online

The post Sultan Mizan Di Sahkan Menarik Diri Saat Akhir Beraksi DI Sukan SEA 2017. Ini Kerana..MENGEJUTKAN!!! appeared first on SIAKAP KELL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.