Loading...
TR

Sorok jasad bayi baru lahir dalam peti sejuk 3 bulan


KALIMANTAN, INDONESIA - Seorang wanita berusia 24 tahun ditahan atas tuduhan membunuh bayinya yang baru dilahirkan dan ditinggalkan dalam peti sejuk berbulan lamanya, lapor Coconut Jakarta.

Wanita yang dikenali sebagai SA itu, mengaku melahirkan bayi itu pada bulan Mei lalu sebelum disimpan dalam peti sejuk di tempat kerjanya.

Ketua Polis Tarakan, Dearystone Supit berkata, mayat bayi malang itu ditemui pada awal minggu ini dan siasatan awal mendapati, SA mengakui melahirkan bayi itu tanpa pengetahuan sesiapa di dalam bilik mandi rumahnya. 

Ketua Polis Kalimantan Utara, Irjen Safaruddin berkata, pihaknya masih menyiasat motif SA dan belum dapat dipastikan sama ada sudah berkahwin atau masih bujang. 

"Setelah disiasat, suspek tidak mahukan bayi itu kerana berasa malu dan sebelum ini sudah pernah melahirkan anak luar nikah tanpa sijil lahir," katanya memetik laporan dari portal Detik, Khamis. 

Menurut jiran suspek yang ditemubual oleh wartawan Tribun Kaltim, suspek merupakan isteri keempat pemilik kedai cuci kereta di mana tempatnya bekerja dan lelaki itu dikenalpasti sebagai DO.


Dalam pengakuan SA berkata, bayi itu sudah tidak bernyawa ketika dilahirkan. Tetapi dalam keadaan panik, dia membungkus bayi itu dengan beg plastik hitam dan diletakkan di dalam peti sejuk rumahnya sebelum dipindahkan ke peti sejuk tempat kerjanya. 

Bagaimanapun, perbuatan wanita itu terbongkar apabila salah seorang kakitangan premis itu menemui bungkusan berisi mayat. 

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan bedah siasat pada mayat bayi itu tetapi tidak didedahkan sebarang bukit sama ada mangsa masih hidup ketika dilahirkan. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.