Loading...
TR

Rompak dan rogol 2 guru taska, 2 lelaki didakwa di mahkamah


AMPANG - Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata, rogol dan persetubuhan luar tabii terhadap dua guru taska, bulan lalu, lapor Harian Metro. 

Erza Iwan Ni @ Nirman, 34, dan Aza Nizam Abd Razak, 40, masing-masing yang bekerja sebagai penarik kereta bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Hakim Syafeera Mohd Said. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap dua mangsa berusia 20 tahun dan 18 tahun dengan menggunakan sebilah pisau dan merampas harta dalam kawalan iaitu telefon bimbit, sebuah televisyen, bateri telefon bimbit dan wang tunai RM200 yang semuanya berjumlah RM1,320. 

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik tidur di tingkat satu sebuah taska di Pandan Indah, pada jam 4.30 pagi, 14 Julai lalu. 

Dakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 thaun dan sebatan jika sabit kesalahan. 

Mereka juga turut didakwa merogol kedua-dua mangsa di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 


Erza Iwan juga turut didakwa atas satu lagi pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa yang berusia 20 tahun tanpa kerelaan di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 14 Julai lalu, kedua-dua mangsa telah dirogol oleh dua tertuduh sebelum disimbah dengan cecair peluntur kononnya untuk menghilangkan bukti perbuatan mereka. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.